web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AMK Serah Memorandum Di Sidang Khas Parlimen Demi Perkasa Integriti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 8:01AM

AMK akan menyerahkan 'Memorandum Rakyat' pada 20 Januari ini bagi mendesak supaya krisis integriti yang berlaku dalam SPRM ditangani dengan lebih serius. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menyerahkan ‘Memorandum Rakyat’ di hadapan bangunan Parlimen pada hari persidangan khas Dewan Rakyat 20 Januari nanti.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, memorandum tersebut adalah manifestasi kebimbangan rakyat berhubung integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“AMK akan mengadakan konsultasi bersama aktivis, kumpulan masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis mahasiswa serta kumpulan pendesak yang lain sebelum menyerahkannya kepada wakil Parlimen.

“Kami mengambil pendirian ini untuk meneruskan desakan sehingga krisis integriti yang berlaku dalam SPRM ditangani dengan lebih serius oleh kerajaan,” katanya, hari ini.

Kelmarin, Getaran melaporkan Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menggesa kerajaan mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu integriti agar budaya rasuah dan salah guna kuasa dapat dihindari.

Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Beliau berkata, ini perlu dilaksanakan bagi memperkasa integriti penjawat awam dengan memberi penekanan terhadap amalan jujur, amanah serta telus mengikut bidang kuasa dan tugas yang diberikan.

“Berdasarkan perkara 13 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku ketua majlis mempunyai kuasa memanggil semua Ahli Parlimen bagi mengadakan persidangan Dewan Rakyat pada bila-bila masa.

“Kalau boleh bincang isu banjir yang telah pun lewat sebulan, mengapa tiada kuasa untuk bersidang serta-merta bagi membincangkan isu integriti di kalangan penjawat awam,” katanya.

Sehubungan itu, Akmal merayu kepada Ismail Sabri agar sidang khas Dewan Rakyat dapat dilaksanakan segera bagi membincangkan isu berkenaan yang kini menjadi kebimbangan di kalangan masyarakat.

“Saya amat mengharapkan Perdana Menteri dapat menambah sehari lagi selepas mengadakan sidang khas pada 20 Januari ini bagi membincangkan isu banjir di Parlimen.

“Ini perlu bagi memberi keadilan kepada semua Ahli Parlimen yang mempertahankan integriti untuk kita mendengar desakan mereka bagi membincangkan isu permasalahan tersebut,” katanya. – Getaran, 12 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah