web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Positif Dadah, Terence Perlu Kemuka Laporan Jelaskan Tangkapan Pihak Polis 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 10:21AM

Terence Naidu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu digesa mengemukakan laporan bertulis kepada DAP berhubung penahanannya dalam serbuan polis di sebuah kelab malam di Perai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Khamis lalu. 

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, laporan lengkap tersebut diperlukan bagi membolehkan situasi sebenar kejadian dimaklumkan kepada pimpinan parti baik di peringkat negeri atau Pusat.

"Saya telah menghubungi Terence Naidu dan mengesahkan bahawa beliau telah ditangkap pada malam Khamis lepas. Beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis. 

"Sehubungan itu, saya telah meminta agar beliau mengemukakan laporan bertulis berhubung kejadian itu kepada parti," katanya hari ini. 

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, DAP memberi jaminan kepada orang ramai bahawa parti itu memandang serius kelakuan dan integriti setiap wakil rakyatnya.

"Mereka seharusnya menjadi contoh tauladan sebagai orang yang telah diamanahkan untuk memimpin rakyat," katanya.

Sementara itu, Terence ketika dihubungi menjelaskan secara ringkas bahawa pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kes itu.

"Saya telah membuat laporan polis dan akan membuat kenyataan," katanya.

Terence dari DAP dilantik semula menjadi ADUN Pasir Bedamar berhampiran Teluk Intan dalam pilihan raya umum (PRU) 2018.

Laporan sebelum ini menyebut, seorang ADUN Perak ditahan bersama 35 individu lain selepas ujian saringan air kencing mereka positif dadah

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri Perak, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan penahanan ADUN itu.

Mustafa Kamal bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan perkara tersebut masih dalam siasatan polis.

Jelasnya, ADUN itu akan dibebaskan sementara menunggu laporan patologi siap. - Getaran, 15 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini