web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peserta Perhimpunan #TangkapAzamBaki Mahu Integriti Negara Diperkasakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 3:38PM

Anak-anak muda yang menyertai perhimpunan #TangkapAzamBaki mahu aspek integriti dijadikan sebagai agenda penting negara dalam membangunkan negara.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam mengharungi abad ke-21 yang lebih kompleks dan mencabar, aspek integriti dilihat menjadi agenda penting untuk dibangun, dibudaya dan dijadikan amalan, khususnya dalam masyarakat di negara ini.

Hampir 64 tahun Malaysia merdeka, soal integriti kekal tidak lapuk walaupun sudah berdepan dengan transformasi sosial yang sepatutnya mampu mematangkan pelbagai pihak di negara ini. 

Lebih membimbangkan apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki turut terlibat dalam isu membabitkan integriti negara. 

Peserta Perhimpunan #TangkapAzamBaki yang ditemui Getaran hari ini melahirkan kekecewaan dan menuntut agar tindakan perundangan diambil ke atas Azam pada kadar segera.

Nor Amirul Aqeel Nor Affian
Nor Amirul Aqeel Nor Affian

Seorang pekerja pelatih, Nor Amirul Aqeel Nor Affian, 25 berkata, tindakan segera perlu dilakukan kerana keadaan itu sebenarnya memperlihatkan kredibiliti SPRM sebagai institusi utama dalam pembanterasan rasuah semakin dipersoalkan.

"Kita mahu integriti negara kita diperbetulkan. Jangan biarkan pegawai atasan penjawat awam berleluasa melakukan kesalahan. Kita perlu bertegas supaya perubahan positif terhadap pemerkasaan integriti dapat dicapai. 

"Saya hadir kerana hanya mahu bersuara yang bagi kami orang muda, walaupun belum terbukti bersalah, namun perlu disiasat kerana melibatkan maruah bukan sahaja SPRM malah Malaysia," katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 34 menegaskan, sebagai institusi dilihat 'suci' di mata komuniti, SPRM seharusnya menyelesaikan segera isu berkenaan dan memastikan wujudnya usaha menyakinkan rakyat, dalam menjayakan agenda nasional negara iaitu melahirkan masyarakat berintegriti.

Katanya, tidak dinafikan usaha pembudayaan integriti dan pembanterasan rasuah dalam komuniti berdepan cabaran serta halangan, bagi memastikan usaha pembudayaan integriti dan pembanteras rasuah mampu dijayakan. 

"Jangan ingat dia (Azam) ada kuasa boleh terlepas begitu. Saya sebagai rakyat tidak setuju dengan tindakan beliau walau jawapan telah diberikan oleh Azam. Apa yang dilakukannya sangat salah. 

"Saya kecewa kerana ketua penjawat awam, bukan di kalangan ahli politik yang memegang agensi tunggal melawan rasuah dan salah guna kuasa boleh lambat diambil tindakan. Adakah ini disengajakan," soalnya. 

Ahmad Zubair Wan Abdul Rahim
Ahmad Zubair Wan Abdul Rahim

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda AMANAH, Ahmad Zubair Wan Abdul Rahim berkata, kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk 'merehatkan' Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

"Tindakan segera perlu diambil bagi membolehkan siasatan berjalan dengan lancar mengikut lunas undang-undang sedia ada.

"Kita mahu Tan Sri Azam diadili dengan sebaiknya dan juga membuktikan bahawa tiada pihak yang terlepas daripada undang-undang, walaupun beliau Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya. 

Pada masa sama, Ahmad Zubair merakamkan penghargaan kepada pihak polis yang memberikan kerjasama sepenuhnya walaupun tidak dibenarkan menuju ke destinasi ditetapkan oleh pihak penganjur perhimpunan. 

"Polis beri kerjasama baik sepanjang perhimpunan berlangsung yang disertai oleh ratusan anak muda.

"Sehubungan itu, kita amat mengharapkan anak-anak muda tidak gentar berjuang dan menunjukkan ketidak puas hati terhadap kepimpinan kerajaan dalam berjuang terhadap sebarang bentuk salah guna kuasa dan rasuah,"katanya. - Getaran, 22 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang