web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tipu Dalam Talian, 9 Suspek Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 1:48PM

Antara barangan dirampas polis susulan tangkapan sembilan individu di Kedah dan Pulau Pinang pada 20 Januari lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis menahan sembilan individu terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 51 tahun, kerana disyaki terlibat dengan penipuan dalam talian sejak setahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, tangkapan tersebut dilakukan hasil operasi bersama oleh Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan dibantu Unit Bantuan Teknik JSJK Bukit Aman.

Katanya, kesemua mereka ditahan dalam empat serbuan yang dilakukan secara serentak di beberapa lokasi dalam negeri ini dan Pulau Pinang, pada 20 Januari lalu.

“Mereka yang ditahan dipercayai anggota kepada dua kumpulan dikenali sebagai ‘Melayu Yong’ dan ‘India Yong’. Menurut rekod Commercial Crime Intelligence System (CCIS), terdapat lima rekod jenayah berkaitan suspek.

“Untuk menipu orang ramai, mereka dipercayai akan menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), ejen insurans, pegawai polis dan sebagainya. Setakat ini nilai kerugian melibatkan penipuan dilakukan mencecah kira-kira RM150,000,” katanya.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad menunjukkan gambar dua lelaki yang masih diburu bagi membantu siasatan kes penipuan dalam talian.
Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad menunjukkan gambar dua lelaki yang masih diburu bagi membantu siasatan kes penipuan dalam talian.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Susulan tangkapan jelas beliau, polis turut merampas dua komputer riba, 21 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga kenderaan, 18 buku catatan, empat buku pelbagai dokumen, tiga kad kredit mesin pengeluaran wang automatik serta wang tunai sebanyak RM14,100.

“Ketika ini kami masih mencari dua individu bagi membantu siasatan. Kami percaya mereka mungkin bertindak sebagai ‘mastermind’ dan mampu membantu dalam menyelesaikan lebih banyak kes berkaitan,” katanya.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Dalam perkembangan lain Wan Hassan berkata, kes jenayah komersial Kontinjen Kedah pada tahun lalu direkodkan sebanyak 1,881 berbanding 1,125 pada 2020.

Daripada jumlah 1,881 itu katanya, 90 peratus merupakan kes penipuan seperti Macau Scam, Love Scam, pinjaman wang dan pelaburan tidak wujud serta tipu belian secara dalam talian. - Getaran, 23 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia

Semasa 11 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Titah Jangan Jadikan Media Sosial Platform Berbalah, Buka Aib

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas