web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Terima Rasuah Bulanan, Lagi Pengarah Penguatkuasa Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 8:57PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang lagi pengarah penguatkuasa sebuah agensi kawal selia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Menurut sumber, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di sebuah lokasi di Cyberjaya kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

"Penahanan itu dibuat kerana dia disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada seorang individu dengan menggunakan khidmat orang tengah.

"Rasuah tersebut dikatakan diterima suspek dari Julai 2019 hingga Mac 2021, bagi membantu pihak tertentu mendapatkan tender pengurusan pembersihan awam daripada syarikat pembersihan di Kedah," katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Difahamkan lelaki tersebut akan dibawa ke Mahkamah Alor Setar esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman. 

Penahanan individu tersebut dipercayai adalah susulan daripada tangkapan dilakukan SPRM terhadap lebih 25 individu sejak 11 Januari lalu, bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun dengan butiran palsu beberapa syarikat, untuk memasuki tender dalam sebuah syarikat pembersihan di wilayah utara tanah air.  

Dalam pada itu Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut.

"Segalanya masih dalam siasatan. Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009," katanya. - Getaran 27 Januari 2022.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 22 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai