web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3,245 Mesin Melombong Bitcoin Dirampas, Babit Nilai RM3.2 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 5:50PM

Wan Hassan Wan Ahmad (tengah) bersama 3,245 mesin melombong bitcoin yang dirampas sepanjang 12 hari 'Ops Letrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bitcoin' di Alor Setar, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sejumlah 3,245 mesin melombong bitcoin bernilai RM3.2 juta dirampas sepanjang 12 hari pelaksanaan 'Ops Letrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bitcoin' oleh Polis Kedah bermula 19 Januari lalu hingga semalam. 

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, rampasan itu dibuat menerusi 44 serbuan yang dilaksanakan di seluruh negeri ini dalam tempoh tersebut. 

Katanya, setakat ini seramai tujuh individu berusia antara 35 hingga 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut. 

"Mata wang digital atau kripto tidak salah sebaliknya kegiatan mencuri elektrik dengan membuat penyambungan haram untuk melombong mata wang digital itulah yang dianggap perbuatan jenayah. 

"Tindakan sedemikian dianggap sebagai khianat dan mampu menyebabkan kerosakan kepada harta benda TNB termasuk kemungkinan berlakunya kebakaran," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini. 

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Datuk G. S. Suresh Kumar serta Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi, Superintendan Mohd. Naim Asnawi. 

Kesemua serbuan tersebut dilakukan di beberapa daerah antaranya Langkawi, Kuala Muda dan Kota Setar dengan operasi turut disertai TNB serta Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Mengulas lanjut Wan Hassan berkata, operasi berkenaan akan diteruskan selepas ini dengan pihaknya sudah pun mengenal pasti lokasi tertentu yang sering dijadikan tumpuan pelombong bitcoin.

"Selain bekas kilang, mereka akan menumpukan kepada kawasan perumahan yang tidak ramai penduduk. Selain melakukan pendawaian haram, mereka juga akan berusaha menjadikan bilik yang ditempatkan dengan mesin bitcoin kedap bunyi agar tidak disedari oleh jiran sekeliling. 

"Kita tidak akan berhenti untuk terus melaksanakan operasi ini. Sejak OP Letrik TNB Bitcoin ini mula dilancarkan pada 2020 di seluruh negara, Polis Kedah telah melakukan sebanyak 85 serbuan dan merampas 5,948 mesin bitcoin dengan anggaran nilai RM6.6 juta," katanya.

Menurutnya, kesemua kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 dan 427 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

“Siasatan alternatif di bawah Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik turut digunakan yang mana jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih dari RM1 juta atau penjara hingga tempoh 10 tahun atau kedua-duanya, sekiranya premis aktiviti tersebut disahkan sebagai ‘non domestic area’,” katanya. 

Wan Hassan memberitahu, perlombongan bitcoin dengan menggunakan mesin tersebut dibimbangi turut menimbulkan beberapa kes lain antaranya pergaduhan antara geng samseng bagi merebut kawasan. 

"Kejadian sebeginilah yang kita tidak mahukan. Selain itu terjadi juga kes, premis terbabit dipecah masuk hingga menimbulkan rasa tidak selamat dalam kawasan perumahan terlibat, semata-mata kerana penjenayah ini mahu mencuri mesin bitcoin tersebut yang kian mahal harganya di pasaran gelap," katanya. –Getaran 31 Januari 2022.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 10 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali