web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Gaduh Di Padang Kota Lama Bukan Kerana Rebut Pelanggan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 5:34PM

Tangkap layar daripada video pergaduhan di medan selera Padang Kota Lama yang tular di media sosial.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pergaduhan yang tercetus di medan selera Padang Kota Lama semalam bukan kerana berebut pelanggan, tetapi berpunca daripada masalah peribadi antara dua peniaga.

Pengerusi Persatuan Penjaja Kompleks Makanan Medan Renong, Asmadi Mohd Razali berkata, insiden itu hanya membabitkan perselisihan faham antara dua peniaga pasembor di kompleks makanan tersebut, yang mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak saudara.

“Mereka ada masalah keluarga, tetapi terbawa-bawa sampai ke tempat berniaga.

“Sebelum ini pun saya sudah berulang kali menasihatkan peniaga supaya jangan bawa masalah peribadi ke tempat kerja, malu pada orang ramai,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Mengulas mengenai insiden itu, Asmadi berkata, kejadian berlaku pada Selasa lalu kira-kira jam 11 malam, ketika kebanyakan peniaga masih berniaga kerana bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Katanya, insiden tersebut tidak membabitkan kerosakan harta benda dan kecederaan, malah kedua-dua lelaki itu juga sudah berdamai serta saling bermaafan.

“Semasa kejadian polis ada datang untuk menyuraikan pergaduhan. Kedua-duanya juga sudah berdamai, dan saya difahamkan mereka juga tidak membuat laporan polis,” katanya.

Sehubungan itu, Asmadi meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga mencemarkan imej kompleks makanan berkenaan yang sering menjadi tumpuan pelancong itu.

“Kami juga memberi jaminan bahawa kompleks makanan itu selamat untuk dikunjungi. Jangan bimbang, kerana ia kes terpencil,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video yang memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki di kompleks makanan berkenaan ketika pengunjung sedang menjamu selera.

Video berdurasi selama 1 minit 12 saat itu mendapat perhatian netizen dan ada yang mendakwa ia berlaku kerana sifat tamak peniaga saling berebut pelanggan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan V Saravanan, berkata polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun, yang terlibat dalam pergaduhan itu.

Saravanan berkata, pergaduhan itu membabitkan perselisihan faham antara pengadu dan dua adiknya, bersama tiga orang lagi sepupu pengadu.

“Semasa pergaduhan kedua-dua pihak menggunakan kerusi dan kayu sebagai senjata.

“Hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati punca pergaduhan kerana berebut pelanggan dan terdapat dendam lama antara kedua-dua belah pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Saravanan berkata, enam lelaki yang terbabit itu mengalami kecederaan ringan iaitu luka ringan dan calar di bahagian badan, dan mereka juga sudah hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh menggunakan senjata.

“Kepada mereka yang berada di tempat kejadian, diharapkan tampil ke IPD Timur Laut untuk membantu siasatan.

“Polis berharap orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan apa-apa rakaman video di mana-mana medium media sosial,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki Gaduh Guna Pisau Di Kedai Makan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pengurup Wang Didakwa Bunuh Lelaki

3

Sukan 10 bulan yang lalu

Insiden Pergaduhan Liga Suparimau: Hannah Beri Amaran Tindakan Tegas

4

Video & Galeri 11 bulan yang lalu

Desaru International Bike Week Kecoh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 18 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN