web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Insiden Pergaduhan Liga Suparimau: Hannah Beri Amaran Tindakan Tegas

Sukan Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 8:06AM

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (lima, kanan) bersama pasukan Arena of Valor sempena majlis penyerahan Jalur Gemilang dan Sumbangan Geran Bantuan Sukan Elektronik bagi pasukan Arena of Valor ke 'The Honor of Kings International Championships 2023' di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam. gambar FB MSN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan semasa perlawanan Liga Suparimau antara pasukan Akademik MZ dan FCKL Eagles yang bersaing pada peringkat bawah 16 tahun (B16) kategori Tigers di Damansara di sini, Ahad lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kementeriannya akan mendapatkan laporan penuh daripada pihak berkepentingan sebelum memutuskan tindakan seterusnya terhadap insiden yang tular di media sosial itu.

Menerusi video yang tular di laman Facebook Afif Aizad Azman dan media sosial X 'Pemerhati Pengadil', pergaduhan itu kelihatan tegang serta bertambah parah apabila turut melibatkan pihak pengurusan dan waris kedua-dua pasukan sehingga mendatangkan kecederaan.

Suparimau adalah program pembangunan bola sepak akar umbi untuk pemain berusia lima hingga 17 tahun anjuran bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Maxim Events.

"Saya melihat video itu, saya tidak gembira kerana ini semua pemain junior dan kejadian seperti ini berlaku. Ini adalah sesuatu yang kita tidak
akan bertolak ansur.

"Jika perlu saya percaya laporan polis dibuat tetapi saya mengumpul maklumat terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan e-sukan Mas Tigers Arena of Valor di sini, semalam.

Hannah berkata, memandangkan kementerian telah menerima komitmen daripada semua persatuan sukan untuk Kod Sukan Selamat (SSC), sesiapa sahaja yang menganjurkan acara sukan harus mematuhi kod tersebut tidak kira sukan berprestasi tinggi atau peringkat akar umbi.

Terdahulu, Hannah dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub menyerahkan bendera negara dan geran bantuan penyertaan pertandingan luar negara RM100,000 kepada pasukan Mas Tigers, yang menyertai Kejohanan Antarabangsa Honor of Kings 2023.

Sementara itu, pengurus pasukan Mas Tigers, Wong Kang Woon berkata, pasukan itu menyasarkan kedudukan lapan terbaik dalam pertandingan yang digelar sebagai kejohanan dunia di Shanghai, China dari 22 November hingga 30 Disember dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$10 juta (kira-kira RM46.8 juta).

"Kami menerima tiket 'wild card' berdasarkan pencapaian pingat perak di Sukan Asia Hangzhou 2022. Kami telah mengekalkan enam pemain Sukan Asia dan memanggil tiga lagi pemain baharu kali ini, jadi harapan boleh mendapat kedudukan lapan terbaik daripada 26 pasukan," katanya.

Dalam majlis yang sama, pasukan itu turut menerima tajaan dalam bentuk barangan iaitu telefon mudah alih permainan daripada IQ00 Malaysia dan bagasi daripada Eminent. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki Gaduh Guna Pisau Di Kedai Makan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pengurup Wang Didakwa Bunuh Lelaki

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah