web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenderaan Rasmi Saya Myvi, Bukan Vellfire - Maszlee

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 1:52PM

Dr Maszlee Malik - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menafikan dakwaan bahawa beliau menerima sebuah kenderaan jenis Vellfire yang menjadi miliknya ketika memegang jawatan itu.

Secara sinis, beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam memuat naik gambarnya sedang memandu sebuah kereta Perodua Myvi dan ‘Aston Martin’ ditampal wajahnya sebagai reaksi kepada dakwaan terbabit.

“Fitnah kononnya saya diberikan Vellfire no (nombor plat) 2828…,” katanya menerusi Twitter.

Maszlee berkata, Vellfire didakwa diterimanya itu adalah milik Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Global (EMGS), iaitu Agensi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang digunakan ketika beliau dilantik sebagai Menteri.

Namun, kenderaan itu sudah diserahkan semula kepada pihak berkenaan dan kemudian digunakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EMGS.

“Itu milik (EMGS) agensi KPM (sekarang Kementerian Pengajian Tinggi atau KPT) yang digunakan sewaktu saya menteri.

“Hari saya berhenti, kereta itu dipulangkan dan terus digunakan CEO EMGS,” katanya.

“Kenderaan rasmi saya Myvi dan terkini ‘Aston Martin’,” jelasnya.

Sebelum ini, Maszlee menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap diri beliau dan beberapa pegawainya di Parlimen Simpang Renggam sebagai intimidasi.

Katanya, difahamkan SPRM turut menyoal siasatan beberapa pegawai di KPM yang didakwa sebagai usaha untuk mencari kesalahan terhadap dirinya. - Getaran, 4 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mana Usaha Laksana Titah Agong Dalam Sektor Pendidikan? - Maszlee

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Nahas Maut 4 Beranak, Pemandu 4WD Hadap 4 Tuduhan Membunuh

3

Semasa 3 tahun yang lalu

3 Ahli Parlimen Dipanggil Beri Keterangan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad