web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mana Usaha Laksana Titah Agong Dalam Sektor Pendidikan? - Maszlee

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 5:29PM

Maszlee Malik terkilan kerana kerajaan dilihat masih lagi tidak berusaha melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung sektor pendidikan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Perwakilan Johor, Dr Maszlee Malik meluahkan rasa terkilan terhadap kerajaan kerana dilihat masih lagi tidak berusaha melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung sektor pendidikan.

Beliau yang juga mantan Menteri Pendidikan berkata, Seri Paduka Baginda pada pembukaan sesi Parlimen tahun lalu telah menitahkan agar Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersikap inklusif merentasi politik, ideologi dan kepakaran demi memulihkan sektor pendidikan.

Beliau menegaskan, titah berkenaan wajib dijunjung oleh kerajaan melalui kedua-dua kementerian terbabit.

"Malangnya, sehingga kini tiada lagi usaha untuk melaksanakan titah Tuanku tersebut. Tetapi ini tidak pelik, kalau kita lihat apa yang telah dikongsikan oleh Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim), bagaimana jikalau Tuanku Agong mereka (boleh) tipu melalui akuan bersumpah (SD) yang dikemukakan, apatah lagi isu pendidikan?

"Mereka boleh ingkar dan derhaka kepada Agong," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PKR pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Kongres dengan tema 'Menjulang Keadilan' itu dimulakan semalam dan berakhir esok.

Maszlee menambah, semua pihak tidak boleh berdiam diri dalam isu pendidikan kerana ia adalah sektor penting dan memberi kesan pada tempoh masa yang lama.

Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap hala tuju pendidikan negara yang dipimpin oleh menteri dan timbalan menteri berkaitan, hari ini.

"Kita perlu risau dan runsing tentang hala tuju pendidikan pada hari ini yang dipandu dan dipimpin oleh seorang menteri dan dua timbalan yang tidak layak untuk menjaga pendidikan. Tetapi mereka tidak terkecuali. 

"Mereka tidak asing kerana hanya sebahagian daripada Kabinet menggelembung gemuk yang tidak berfungsi dan tidak bermaya," katanya, sinis.

Maszlee berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan dan membawa penegasan agar diwujudkan satu pelan besar pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga ke pendidikan tinggi, termasuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Beliau berkata, perkara tersebut hanya boleh dilakukan menerusi Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan, untuk merangka pelan pendidikan pasca COVID-19 selaras dengan titah Seri Paduka Baginda.

"Ini bukan perkara yang pelik. Negara-negara lain apabila timbul sahaja laporan dari Bank Dunia dan sebagainya, mereka bingkas melakarkan pelan jangka masa panjang untuk selamatkan pendidikan dan ekonomi. Malaysia tiada pelan jangka masa panjang pendidikan dan ini merisaukan kita," katanya.

Sementara itu, Maszlee seterusnya berkata, Anwar ialah calon Perdana Menteri terbaik kerana Ahli Parlimen Port Dickson itu merupakan seorang penyokong reformasi sebenar, memahami jiwa rakyat dan berupaya membawa negara ke hadapan.

Jelasnya, dalam usaha merealisasikan reformasi pendidikan, ia tidak boleh disandarkan kepada Menteri Pendidikan semata-mata tetapi sewajarnya bermula dengan Perdana Menteri sendiri.

"Kita perlukan Perdana Menteri yang cakna pendidikan dan ada visi pendidikan. Kita tidak mahu Perdana Menteri yang terkongkong dan terperangkap pada zaman lampau dinosaurnya.

"Kita perlukan Perdana Menteri yang memahami derita rakyat dan hidup bersama rakyat," katanya. - Getaran, 16 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

2

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Pendidikan Perlu Disertai Disiplin, Akhlak Dan Adab - PM

4

Semasa 7 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad