web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pendidikan Perlu Disertai Disiplin, Akhlak Dan Adab - PM

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 9:45PM

Anwar Ibrahim (dua, kiri) semasa tiba di Berlin sambil diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dunia pendidikan tidak wajar mengesampingkan disiplin, akhlak dan adab.

Menegaskan perkara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelajaran, waima pendidikan agama sekalipun, bukan sekadar menimba ilmu atau keratan ayat-ayat tanpa pencerahan, kesedaran dan amalan. 

Menurut beliau, semua tenaga pengajar dan ibu bapa perlu menekan kaedah itu, dan tidak bersubahat melindungi segala kepincangan yang berlaku di setiap institusi.

“Terdapat beberapa mesej dari rakan Indonesia terkait kisah yang menyayat hati yakni penderaan anak santri di pesantren (pondok) Jawa Timur.

“Terngiang dalam ingatan liputan negara sejak dulu – kisah penderaan pelajar termasuk pengalaman saya tatkala menjadi Menteri Pendidikan yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Cheras, Kuala Lumpur. Malah, paling tragis dan menggemparkan adalah kematian mahasiswa di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri dipercayai merujuk kepada kejadian buli di Pesantren Tartilul Quran Al Hanifiyyah, yang mengorbankan nyawa seorang penuntut berusia 14 tahun.

Bintang Balqis Maulana, 14, disahkan meninggal dunia 22 Februari lalu, dipercayai kerana dibelasah empat rakan seasrama, termasuk sepupunya.

Mengulas lanjut Anwar berkata, awal Ramadan harus dijadikan kesempatan untuk bermunajat meningkatkan amal serta tercapai darjat taqwa, dan berusaha sesungguhnya menggapai nikmat madrasah Ramadhan.

“Untuk sekolah, maahad, institut, kolej dan universiti, berilah penekanan menjaga disiplin dan adab serta bertegas menghindari kecurangan dari berakar sejak di pusat pengajian lagi,” katanya.

Terdahulu, Anwar yang kini berada di Berlin, Jerman bagi lawatan rasmi memberitahu, umat Islam di negara itu mula berpuasa hari ini.

“Di Berlin, umat Islam mula menjalankan ibadah puasa Ramadan (hari ini) dan kepada perwakilan yang bersahur jam 4 pagi dan solat Fajr (Subuh) jam 4.35 pagi, dianjurkan memenuhi waktu dengan membuka Al Quran beserta tafsirnya sekali. 

“Sementara menunggu acara pagi, saya meneliti pesanan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan keluarga serta urusan kerja dengan rakan Jemaah Menteri,” katanya.

Menurut laporan BERNAMA, semasa berada di Berlin, Anwar juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat beliau Canselor Olaf Scholz dan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Frank-Walter Steinmeier.

Selepas mengadakan pertemuan dengan kapten-kapten industri, Perdana Menteri akan berkunjung ke Hamburg bagi menghadiri Majlis Makan Malam Persahabatan Timur Asia ke-101 (Ostasiatisches Liebesmahl) yang dihoskan oleh Persatuan Perniagaan Asia Pasifik Jerman di mana beliau dijadual menyampaikan ucapan.

Beliau akan menunaikan solat Jumaat di Masjid El Nour di Hamburg.

Sepanjang lawatan itu, Anwar akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick. - Getaran, 11 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

2

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Lihat Hubungan Dengan China Menerusi Lensa Strategik Menyeluruh - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Terbeban Peningkatan Kos, Operator Trak Tunda Rayu Diberi Subsidi Diesel

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 22 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran