web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Ahli Parlimen Dipanggil Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 12:13PM

Lip Eng bergambar di luar IPD Dang Wangi selepas dipanggil memberi keterangan berhubung perhimpunan dan perarakan yang diadakan pada Isnin lalu. - Gambar dari Twitter Lim Lip Eng

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga Ahli Parlimen pembangkang dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan dan perarakan yang diadakan pada Isnin lalu dari Dataran Merdeka menuju ke bangunan Parlimen.

Mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Damansara, Tony Phua dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Ketiga-tiga Ahli Parlimen terbabit dipanggil untuk diambil keterangan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Difahamkan tiada penahanan dilakukan oleh pihak polis dan semua Ahli Parlimen berkenaan dibenarkan pulang sebaik proses merakam keterangan selesai.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Ahad lalu, menerima maklumat berhubung satu perhimpunan akan diadakan di kawasan Parlimen.

Katanya, mereka tidak wajar berada di premis tersebut selepas mengambil kira bahawa tiada sidang Parlimen yang berlangsung ketika itu.

“PDRM telah mengambil langkah perlu untuk mengelakkan sebarang perhimpunan daripada diadakan selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan 9 dan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya.

Beliau juga memaklum PDRM membuka satu kertas siasatan berdasarkan 206 laporan polis yang diterima pihaknya berhubung perhimpunan terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 9 dan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293], Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 [Akta 736].

“PDRM akan memanggil semua individu yang terlibat bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya. - Getaran, 4 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Teliti Semula Undang-Undang Berkaitan Fitnah, Elak Sekat Kebebasan Bersuara Ahli Parlimen

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwaan Terhadap BN: Pihak Berkuasa Digesa Ambil Kenyataan Abdul Hadi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mana Usaha Laksana Titah Agong Dalam Sektor Pendidikan? - Maszlee

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kenderaan Rasmi Saya Myvi, Bukan Vellfire - Maszlee

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad