web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengerukan Lembangan Terminal Feri Kuala Perlis Perlu Langkah Susulan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 5:57PM

Terminal Feri Kuala Perlis - Gambar dari Facebook Jabatan Laut Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Langkah kerajaan memulakan kerja pengerukan di alur pelayaran dan lembangan Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis kelmarin, perlu disusuli dengan perancangan jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan sejak sekian lama.  

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, semua kerja dilakukan itu hanya menjadi satu pembaziran sekiranya tiada sebarang langkah jangka masa panjang diambil.

Katanya, antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah lumpur tebal di kawasan alur pelayaran dan lembangan terminal feri tersebut adalah pembinaan jeti baharu, seperti di Terminal Feri Penumpang Langkawi yang mengunjur ke tengah laut.

"Kami menyambut baik langkah kerajaan melaksanakan kerja pengerukan itu namun ia perlu disusuli dengan projek bagi  jangka masa panjang. 

"Selain pembinaan jeti baharu, kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk membina benteng penahan lumpur dari Pulau Ketam hingga ke Terminal Feri Kuala Perlis,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini hari ini.

Baharin Baharom
Baharin Baharom

Baharin berkata, kesan dari pembinaan benteng penahan lumpur itu akan mewujudkan kawasan cantik, yang sesuai untuk tujuan riadah.

“Berkemungkinan kerajaan juga boleh membangunkan pusat komersial di situ yang turut boleh membuka peluang kepada pelaburan baharu di Perlis," katanya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong semalam memaklumkan, kementeriannya melalui Jabatan Laut Malaysia (JLM) mengambil langkah serta merta untuk melantik kontraktor, bagi menjalankan kerja-kerja pengorekan melalui Perolehan Darurat untuk tujuan pengerukan di lembangan jeti di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis.

Pengerukan yang bermula pada 6 Februari lalu itu dijangka berakhir 20 Februari depan.

Baru-baru ini Getaran melaporkan, berlaku kekecohan di Terminal Feri Penumpang Langkawi setelah feri yang sepatutnya bertolak ke Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis pada 2.30 petang, terpaksa ditunda ke jam 10.30 malam.

Selain masalah kerosakan feri, penundaan selama lapan jam itu terpaksa dibuat berikutan faktor air surut hingga dikhuatiri menyebabkan feri tersangkut dalam lumpur di Kuala Perlis, sekali gus membahayakan keselamatan penumpang serta kru.

Baharin menambah, cadangan lain yang mungkin boleh difikirkan kerajaan adalah membangunkan jeti berpusat di Kuala Sanglang bagi 'menyatukan' Terminal Feri Penumpang di Kuala Perlis dan Kuala Kedah di satu tempat.

"Cadangan itu bagaimanapun mungkin akan 'mematikan' Kuala Perlis dan dilihat kurang sesuai untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri Perlis," katanya. -Getaran 8 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pasar Malam Perlis Tutup Sementara Ketika Maghrib, Mula 15 September - Exco

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Penggiat Industri Pelancongan Gesa Perkhidmatan Feri Di Langkawi Dipertingkatkan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Anak MB Perlis Mengaku Tak Bersalah Buat Tuntutan Palsu 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia