web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengarah Syarikat Rasuah Pegawai, Petugas KTMB RM2 juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Feb 2022 9:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki memberi rasuah berjumlah RM2 juta kepada pegawai dan petugas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Sumber memaklumkan, pemberian rasuah itu dipercayai sebagai dorongan buat pegawai dan kakitangan KTMB terlibat, bagi membantu syarikatnya mendapatkan kerja-kerja pembinaan jalan kereta api dan pembangunan pelabuhan di Songkhla, Thailand.

“Suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 63 tahun ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 3.10 petang tadi.

“Permohonan reman akan dibuat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur esok,” katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Difahamkan setakat ini pihak SPRM masih menyiasat jumlah individu yang menerima rasuah dalam kes itu, yang dipercayai berlaku pada 2016 dan 2017. 

Menurut sumber, pihak SPRM turut menggeledah pejabat serta rumah pengarah syarikat berkenaan bagi mencari butiran yang boleh membantu siasatan.

“Dalam masa sama, usaha kini giat dijalankan bagi mengesan saksi serta mereka yang mungkin terlibat.

“Rakaman penyataan suspek turut dibuat bagi mendapatkan maklumat awal berhubung kes tersebut,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dilakukan itu namun enggan mengulas lanjut.

“Siasatan terhadap kes tersebut masih dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya. - Getaran 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia