web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akibat Halusinasi, Pengutip Tin Nyaris Terjun Dari Bumbung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Feb 2022 9:42PM

Seorang pengutip tin dilihat berjalan di bumbung IPD Kuala Muda akibat mengalami halusinasi sebelum diselamatkan bomba, petang tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Akibat halusinasi yang dialami, seorang lelaki menimbulkan kegemparan setelah dia cuba untuk terjun dari bumbung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda setinggi empat tingkat, petang tadi.

Hasil kecekapan pihak berwajib termasuk bomba, lelaki berusia 47 tahun itu bagaimanapun berjaya dipujuk untuk membatalkan hasrat tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, lelaki itu yang menyara hidup dengan mengutip tin, datang ke IPD tersebut bagi membuat laporan polis kerana mendakwa dia diekori seseorang.

“Suspek bagaimanapun dipercayai menaiki tangga bahagian tengah bangunan untuk ke bumbung di tingkat empat. Di situ terdapat pintu besi yang menutup laluan tangga yang tidak berkunci, kerana terdapat kerja penyelenggaraan bumbung bocor.

“Kira-kira jam 4.45 petang, lelaki itu disedari telah berada di bumbung IPD tanpa berbaju dan pihak bomba bersama ambulans dipanggil bagi melaksanakan bantuan menyelamat,” katanya.

Bomba bersama anggota polis berjaya memujuk seorang pengutip tin bagi membatalkan hasratnya untuk membunuh diri di IPD Kuala Muda, hari ini.
Bomba bersama anggota polis berjaya memujuk seorang pengutip tin bagi membatalkan hasratnya untuk membunuh diri di IPD Kuala Muda, hari ini.

Tambahnya, pihak bomba berjaya memujuk mangsa untuk membatalkan hasrat tersebut, dan dia kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi menjalani pemeriksaan psikiatri.

“Selepas diselamatkan, lelaki itu mendakwa dia berada dalam keadaan halusinasi dan tertekan kerana merasakan dikejar seseorang, menyebabkannya melarikan diri dengan menaiki tangga ke bumbung.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri,” katanya.

Dalam pada itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba 1, Ismail Mohd Zain memaklumkan, pihaknya terpaksa naik ke bumbung dan menggunakan tali keselamatan bagi memujuk mangsa.

“Lelaki itu pada akhirnya berjaya dipujuk dan dibawa turun pada jam 6.35 petang,” katanya. - Getaran 23 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan Seksyen 309 Dimuktamad Selepas Terima Maklum Balas Jabatan Peguam Negara

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia