web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebakaran Kilang Getah, Kanak-kanak 11 Tahun Rentung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2022 11:45AM

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun telah ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah kilang getah sintetik di Bakar Arang, Sungai Petani, awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang kanak-kanak warga Indonesia berusia 11 tahun rentung dalam kebakaran di sebuah kilang getah sintetik di Bakar Arang di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, kanak-kanak tersebut yang juga anak angkat kepada pemilik kilang berkenaan, ditemui sebaik api dipadamkan.

Menurutnya, kejadian itu mula disedari seorang daripada anak pemilik kilang tersebut kira-kira jam 3 pagi ketika dia tidur di sebuah bilik di bangunan berkenaan.

“Sebaik menyedari kejadian, anak pemilik kilang itu cuba mencari kanak-kanak berkenaan namun gagal menemuinya. Akibat api semakin marak, dia kemudian terpaksa menyelamatkan diri.

“Mayat kanak-kanak itu hanya ditemui selepas bomba berjaya memadamkan kebakaran, sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut. Nilai kerugian dianggarkan RM8 juta,” katanya.

Beliau berkata, hasil temu bual awal pihaknya bersama pemilik kilang itu mendapati, kanak-kanak tersebut ditinggalkan ibunya yang pulang ke negara asal untuk dijadikan anak angkat. 

Katanya, difahamkan wanita itu pernah bekerja di kilang tersebut. 

“Mangsa sememangnya dipelihara keluarga pemilik kilang itu sejak kecil. Namun disebabkan pemilik kilang bukan Islam, kanak-kanak tersebut turut diserahkan kepada keluarga Melayu hampir setiap hari untuk dipelihara secara bersama.

“Pada siang, kanak-kanak itu akan dihantar ke rumah keluarga Melayu dan diambil pemilik kilang terbabit atau anaknya ketika petang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira jam 7.30 pagi di tingkat atas bangunan tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, pegawai dan anggota kami cuba masuk ke dalam bangunan itu bagi memastikan keberadaan mangsa, namun gagal kerana api terlalu marak,” katanya. - Getaran, 4 Mac 2022

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia