web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengoperasian Sekolah, Ibu Bapa Beri Reaksi Berbeza, Ramai Bantah PdPR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semalam, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pengoperasian sekolah penggal satu bagi sesi akademik 2022/2023 bermula 21 Mac ini lebih terbuka dengan hampir keseluruhan murid akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

Perkara tersebut bagaimanapun kecoh diperkatakan di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi di kalangan ibu bapa.

Ada yang menyokong langkah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) itu dan tidak kurang membantah, kerana bimbang situasi penularan COVID-19 di negara ini masih melepasi angka 30,000 kes.

Tinjauan di media sosial mendapati, terdapat ibu bapa mempunyai anak di sekolah rendah menganggap kaedah penggiliran langkah terbaik yang perlu ditekankan KPM.

Seorang pengguna Facebook, Zua Azwa berkata, kaedah tersebut sesuai dilaksanakan memandangkan kes harian COVID-19 terus melonjak hari demi hari.

“Buat penggiliran kelas je sementara kes tengah tinggi ni. Nak buka sekolah secara normal apanya? Baru je sebulan buka sekolah, timbul kluster sekolah. Lepas tu tutup balik sekolah.

“Budak-budak nak belajar pun dah tak semangat. Kejap buka kejap tutup. Dahlah sekarang close contact tak payah kuarantin. Nak suruh budak-budak pergi sekolah ramai-ramai, risiko dijangkiti tu tinggi,” katanya.

Pendapat tersebut turut disokong Shahrul Radzi yang bimbang akan wujud lebih banyak kluster sekolah jika semua murid perlu hadir ke sekolah secara bersemuka.

“Bagi saya, penggiliran jadual perlu kalau dah nak elak bersesak dan kurangkan risiko kluster sekolah.

“Tak perlu sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), berselang PdPR dan bersemuka,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Suria Ana turut membantah langkah pengoperasian sekolah secara bersemuka pada 21 Mac ini.

“Biar kes turun dulu, baru buat sekolah secara bersemuka. Jangan jadi ibu bapa yang pentingkan diri sendiri, tak mengutamakan kesihatan dan nyawa anak-anak,” katanya.

Begitu pun terdapat segelintir ibu bapa yang mahu PdPR dilaksanakan sehingga selepas sambutan Aidilfitri.

“Sepatutnya laksanakan PdPR sehingga habis Hari Raya. Lepas Raya baru bersemuka. COVID-19 mungkin masa tu sudah berkurangan, jadi guru dan ibu bapa tak risau lagi tentang anak mereka,” kata Yonatan Akbaruddin.

“Betul tu. Anak-anak saya baru sahaja dibenarkan pulang dari asrama kerana terpaksa dikuarantin di asrama, sebahagian pelajar positif. Kalau start masuk asrama semula, andai kata ada yang positif, takut bila tiba bulan Syawal pun, anak-anak tak dibenarkan pulang,” kata Ni Zila.

“PdPR sampai lepas Raya kan senang. Lagi pun bulan puasa dah nak dekat, Ibut bapa pun senang nak aturkan transport anak-anak. Ada anak-anak yang transit juga,” kata Sara Salim.

Dalam pada itu, majoriti ibu bapa menyokong langkah ditetapkan KPM kerana sudah tidak sanggup melihat anak-anak melaksanakan PdPR yang dianggap kurang berkesan.

“Bersemuka jelah semua. Sampai bila nak macam ni? Tawakal dan berdoa semoga anak-anak kita semua dalam lindunganNya. Nak tak nak kita semua kena terima dan lalui dengan virus COVID-19 ni,” kata Eira Syahira.

“Bersemuka atau penggiliran lagi suka saya tuan. Tak payah saya telan panadol hari-hari. Saya bukan pandai sangat nak ajar. Saya ajar pun setakat mampu je. Kadang-kadang nak marah pun tak larat. Ada yang dengar cakap boleh jalan. Kalau jenis anak nakal, tekanan darah terus naik,” kata Jeniffer Merapok.

“Cukup-cukuplah PdPR. Time cuti sekolah ni bawa anak ke sana sini boleh pula. Eh COVID-19 pun cuti sama-samake apa? Time nak buka sekolah melaung-laung PdPR, PdPR, PdPR,” kata Hidayah Fuaad.

“Boleh tak jangan mintak PdPR. Hidup sekarang ni tak perlu lari dari jangkitan ni. Tak keluar pun boleh positif, cuba bayangkan. Lagi nak minta PdPR. Tawakal dan niat anak-anak pergi sekolah untuk belajar. SOP jaga, tu je. Biar anak-anak pergi sekolah macam biasa,” kata Pijah MB.

“Bersemukalah semua, kan dah ambil vaksin. Budak umur 12 dah wajib, apa lagi nak,” kata Rashidah Utama.

Terdahulu, Radzi memaklumkan pelajar sekolah menengah kecuali sekolah berasrama penuh perlu hadir ke sekolah secara bersemuka bermula 4 April depan.

Bagaimanapun beliau berkata, kumpulan pelajar terbabit akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu mulai 21 Mac ini.

Katanya, selepas PdPR selama dua minggu, semua pelajar sekolah menengah akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

Bagi sekolah rendah yang mempunyai murid melebihi 600 orang, Radzi berkata, murid yang akan hadir tanpa penggiliran melibatkan pelajar berkeperluan khas (MBK) di sekolah kebangsaan pendidikan khas (SKPK) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI).

“Ia turut membabitkan murid prasekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 serta semua murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

“Bagi murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 pula, mereka akan hadir ke sekolah secara penggiliran,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Sekolah Di Pulau Pinang Dibenarkan PDPR Sepanjang Gangguan Bekalan Air

3

Semasa 6 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 6 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Semasa 17 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Semasa 7 jam yang lalu

Termakan Keropok Digaul Racun, 2 Beradik Kritikal Di Hospital

oleh Wartawan Getaran