web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JKN Kedah Rampas Barangan Bernilai RM324,200, Termasuk Produk Beracun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Mar 2022 9:38PM

Lebih 10,000 produk farmaseutikal tidak berdaftar telah dirampas dalam 'Ops Putra' di Kulim, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Sebanyak 10,122 botol pelbagai jenis produk farmaseutikal tidak berdaftar, dirampas dalam Operasi Putra (Ops Putra) dilaksanakan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah di sini, baru-baru ini.

Pengarah JKN Kedah, Dr Othman Warijo berkata, pihaknya turut merampas 882 kotak produk kosmetik tidak mempunyai notifikasi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), selain 4,779 botol produk dicemari racun berjadual dan satu peranti digital. 

Menurutnya, nilai rampasan kesemua barangan tersebut dianggarkan sebanyak RM324,200. 

“Serbuan itu dijalankan ke atas tiga premis, iaitu dua stor haram dan satu premis perniagaan. 

“Siasatan awal mendapati produk tidak berdaftar tersebut dijual berleluasa secara dalam talian di platform e-dagang negara ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Jelasnya, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952.

“Jika disabitkan kesalahan di bawah Akta Racun 1952, individu terbabit boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 pula, pihak berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Operasi ‘Ops Putra’ itu disertai seramai 11 pegawai dan anggota penguatkuasa farmasi, JKN Kedah. - Getaran 9 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia