web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Semak, Catat Maklumat Pengundian Sebelum Keluar Mengundi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 2:31PM

Pengundi diingatkan untuk menyemak pusat, saluran dan nombor bilangan pemilih sebelum keluar mengundi pada PRN Johor, Sabtu ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diingatkan untuk menyemak pusat, saluran dan  nombor bilangan pemilih sebelum keluar mengundi pada Sabtu ini. 

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pengundi turut diingatkan untuk mencatat maklumat tersebut bagi melancarkan proses pengundian.

Menurut beliau, bagi pengundi yang sudah mengetahui maklumat pengundian, mereka disarankan untuk terus ke saluran mengundi ditetapkan.

“Catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran untuk membuat semakan nama pengundi dan membantu kelancaran proses pada hari mengundi.

“Jangan lupa bawa kad pengenalan dan pastikan tidak menyerahkan kad pengenalan kepada pihak lain kecuali petugas pilihan raya di pusat mengundi masing-masing,” katanya hari ini. 

Lantaran ketetapan itu, beliau menyarankan pengundi supaya membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi melalui saluran portal semakan daftar pemilih di https://pengundi.spr.gov.my, Aplikasi MySPR Semak atau hotline SPR di talian 03-8892 7018.

Dalam pada itu, Ikmalrudin menggesa pengundi supaya keluar melaksanakan tanggungjawab berkenaan mengikut masa dicadangkan melalui aplikasi MySPR Semak.

“Sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa mengundi disarankan atas sebab tertentu, pengundi masih boleh keluar mengikut kelapangan dari jam 8 pagi hingga 6 petang atau waktu diwartakan di pusat mengundi masing-masing.

“SPR melalui aplikasi MySPR Semak juga menasihatkan setiap pengundi supaya keluar mengundi mengikut masa dicadangkan itu.

“Namun, pengundi dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat akhir dan sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan serta garis panduan khas pencegahan COVID-19 pada hari mengundi nanti,” katanya. 

Tambahnya, daripada 2,597,742 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRN Johor, seramai 2,539,606 adalah pengundi biasa, manakala 21,407 pengundi awal dan 36,729 pengundi pos.

“SPR menyeru kepada semua pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Sabtu ini, katanya.

Seramai 239 calon ditampilkan pada pilihan raya itu membabitkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hari pengundian bagi PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac, manakala hari penamaan calon pada 26 Februari lalu dan tarikh mengundi awal pada 8 Mac. - Getaran, 10 Mac 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia