web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kedah Cadang ‘Halalkan’ Eksport Ketum

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 5:29PM

Datuk Seri Muhammad Sanusi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah mencadangkan supaya kerajaan Persekutuan membenarkan eksport ketum ke Thailand sebagai satu daripada cara untuk mengatasi masalah penyeludupan tumbuhan tersebut, yang kian berleluasa di sempadan negara ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi berkata, langkah tersebut mampu menjimatkan tenaga, masa, komitmen serta sumber dicurahkan pasukan keselamatan yang menjalankan tugas menjaga keselamatan sempadan negara ketika ini.

Selain itu katanya, kerajaan akan turut mendapat manfaat melalui perolehan cukai sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan.  

“Menerusi taklimat diterima daripada pasukan keselamatan, saya dapati kesemua yang terlibat memberi begitu banyak masa, komitmen, tenaga dan sumber bagi membanteras penyeludupan ketum. Tentera, polis, kastam, semuanya tangkap orang seludup ketum.

“Jadi saya cadangkan kepada agensi ini, bagaimana kalau kita halalkan eksport ketum ini? Tapi kena ada peraturanlah antaranya ketum yang dihasilkan itu khas untuk dieksport ke negara jiran dan bukan untuk dibuat ‘cakoroi’ lalu dimasukkan ke dalam badan orang kita secara salah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Katanya, tindakan beberapa pihak menyeludup ketum ke negara jiran ketika ini dipercayai berpunca daripada harganya yang mahal di negara jiran iaitu mencecah RM150 sekilogram berbanding cuma RM30 di pasaran tempatan.

Lagi pula katanya, penggunaan daun ketum di Thailand juga telah dipelbagaikan bagi tujuan perubatan selain turut dijadikan jus minuman.

“Jika cadangan ini dipersetujui, kerajaan negeri pada bila-bila masa bersedia melantik mana-mana syarikat milik kerajaan negeri (GLC) seperti Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK), Kedah Agro Holdings Berhad serta Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk menjadi agensi yang memiliki lesen membeli serta mengeksport ketum.

“Saya difahamkan Kedah memiliki tanah yang sesuai untuk menghasilkan ketum terbaik yang digunakan dalam bidang perubatan di Thailand. Jadi, rugi jika perkara ini tidak dimanfaatkan,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menyatakan kehairanan terhadap situasi apabila penanaman ketum dibolehkan namun tiada sesiapa dibenarkan untuk memetik atau memprosesnya kerana didakwa menyalahi undang-undang.

“Sebab itu di Kedah ini kalau pergi ke kampung mana pun, memang ada ketum. Ada sesetengah itu, sampai ada ladang.

“Jika eksport ini dibenarkan, maka orang kampung tak perlu berlari-lari lagi dan penguat kuasa pun tak payah nak ‘ligan’ merata kerana ada ‘one stop centre’ untuk pengumpulan komoditi itu secara sah,” katanya.

Tambahnya, beliau telah meminta agensi berkaitan untuk membincangkan perkara tersebut.

“Jika perlu kepada pindaan akta di Parlimen, maka bawalah ke Parlimen. Kalau tak perlu dan boleh terus dilaksanakan secara pentadbiran, kerajaan negeri pada bila-bila masa boleh sediakan GLC untuk menguruskan pengumpulan dan pengeksportan daun ketum itu,” katanya. - Getaran 16 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia