web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebakaran Pasar Dato Keramat: Mangsa Hanya Mampu Lihat Kedai Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 11:45PM

Kebakaran di Pasar Dato Keramat ini berjaya dipadam pada 6.25 petang. - Gambar dari Facebook Pertahanan Awam Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya hanya mampu terduduk melihat premis saya dijilat api,” kata Abdul Rahman Ismail, salah seorang daripada kira-kira 40 peniaga yang terjejas, apabila deretan kedai di Pasar Dato Keramat, di sini, terbakar petang tadi.

Abdul Rahman, 32, yang berniaga minuman berkata, beliau telah berniaga di pasar berkenaan sejak lima tahun lalu dan kebakaran itu merupakan yang paling besar pernah dialaminya, sepanjang berniaga di situ.

“Sebelum ini, Pasar Dato Keramat pernah terbakar namun tidak besar seperti hari ini, kebakaran bermula daripada belakang kedai saya.

“Saya nampak api, saya terus berteriak kepada orang ramai untuk menyelamatkan diri serta barang-barang mereka dan keadaan begitu huru-hara, api merebak dengan terlalu pantas,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, di sini.

Abdul Rahman berkata beliau tidak sempat menyelamatkan barangannya dan semasa kejadian, kira-kira 10 peniaga lain berada di premis masing-masing.

Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Dato Keramat Mohamed Tarmizi Mohamed Akil pula berkata, beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi salah seorang peniaga.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keramat Mohd  Fahmi Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.26 petang tadi, daripada orang awam.

“Ekoran itu, sebanyak lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Wangsa Maju dan BBP Setapak, ke tempat kejadian dengan kekuatan seramai 58 keanggotaan,” katanya.

Mohd Fahmi berkata, api dapat dikawal daripada terus merebak pada pulul 6.25 petang sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya. Punca kejadian masih dalam siasatan. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi