web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kaunter Pusat Bantuan Penjaja Pasar Dato Keramat Dibuka Pagi Ini - Rina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 8:13AM

Rina (kiri) diberi penerangan oleh Ketua Balai Bomba Keramat Mohd Fahmi Abd Rahim berhubung kebakaran yang memusnahkan Pasar Dato Keramat.


Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kaunter pusat bantuan Persatuan Penjaja Pasar Dato Keramat akan dibuka kira-kira 10 pagi hari ini bagi membantu peniaga Pasar Dato Keramat yang terjejas selepas premis perniagaan mereka dijilat api petang semalam tadi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kaunter berkenaan dibuka di kawasan kebakaran bagi mengumpul maklumat mangsa untuk tujuan menyalurkan bantuan.

“Sekarang ini, mereka perlu membuat laporan polis terlebih dahulu dan mengumpul maklumat apa yang mereka rugi untuk mendaftar di kaunter berkenaan sebelum sebarang bantuan disalurkan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini malam ini.

Mengulas mengenai penempatan bazar Ramadan peniaga-peniaga pasar itu, Rina berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Saya difahamkan mereka (peniaga) hendak membuka bazar Ramadan dan kini premis mereka terbakar maka mereka memerlukan penempatan baharu untuk berniaga,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Nardim Awang mewakili perdana menteri menyampaikan bantuan wang ihsan kepada peniaga-peniaga Pasar Dato Keramat yang terjejas.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa yang turut melawat pasar berkenaan malam ini berkata status tanah tapak perniagaan Pasar Dato Keramat akan dibincangkan bersama pemaju dalam masa terdekat.

“Perkara ini (status tanah) akan dibincangkan bersama pemaju tapak pasar berkenaan dalam tempoh terdekat, kita akan capai satu keputusan,” katanya.

Hari ini, lebih 40 deretan kedai di Pasar Dato Keramat, di sini, terbakar dalam kejadian petang tadi namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Di Bukit Pelanduk Musnah Dalam Kebakaran - Bomba

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Kereta Terbabas Dan Terbakar

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Semasa 20 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi