web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Sindiket Dadah Tumpas, Rampasan Lebih RM7 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Apr 2022 3:35PM

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (dua dari kiri) meneliti kenderaan yang dirampas dari dua sindiket dadah ditumpaskan pihaknya di Kedah dan Pulau Pinang, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebanyak 258 kilogram dadah bernilai RM7.74 juta dirampas menerusi dua operasi dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di Kedah dan Pulau Pinang pada 16 serta 18 April lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi yang turut mendapat kerjasama JSJN Kedah dan Perlis itu berjaya menumpaskan dua sindiket dadah yang dipercayai cukup aktif dalam kegiatan haram tersebut, sejak pertengahan tahun lalu.

Dalam operasi pertama yang dilaksanakan kira-kira jam 2 petang, 16 April lalu katanya, polis terlebih dulu menahan empat lelaki di Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Daripada situ, pihak kami telah melakukan serbuan di satu kawasan perumahan di Sungai Petani yang membawa kepada penemuan syabu berjumlah 200 kilogram (kg).

“Dalam operasi kedua yang dilakukan kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin, kami telah menahan lima lelaki dan merampas beberapa lagi kg dadah di Kulim, Kedah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Beliau menambah, secara keseluruhannya pihaknya telah merampas 212 kg syabu dan 46 kg ganja yang boleh digunakan seramai 1.5 juta penagih jika terlepas ke pasaran.

“Kita percaya kedua-dua sindiket berbeza ini menggunakan modus operandi sama iaitu dengan mendapatkan bekalan dadah yang diseludup dari negara jiran menerusi Kelantan, sebelum dibawa menggunakan jalan darat untuk diedarkan di pasaran tempatan terutamanya utara tanah air iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Tujuh daripada sembilan individu yang ditahan didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Semakan juga mendapati empat daripada mereka memiliki rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” katanya.

Kes tersebut jelas Ayob Khan lagi, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan kesemua suspek yang berusia antara 31 hingga 52 tahun direman selama lima hingga tujuh hari bermula 17 dan 18 April bagi membantu siasatan.

“Selain itu, tindakan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988  dengan JSJN telah menyita pelbagai aset sindiket dianggarkan bernilai RM423,000.

“Antara aset yang disita adalah tujuh kenderaan terdiri daripada empat kereta dan tiga motosikal serta wang tunai berjumlah RM4,000,” katanya. - Getaran 20 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 4 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia