web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PGA Gagalkan Cubaan Seludup PATI Thailand Ke Lembah Klang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2021 7:04PM

PATI yang ditahan dalam sebuah bas ekspres di Wakaf Che Yeh, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU -  Cubaan menyeludup 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Thailand untuk ke Lembah Klang tidak berjaya apabila mereka ditahan dalam sebuah bas ekspres di Wakaf Che Yeh, di sini, semalam.

Mereka yang berusia antara 20-an sehingga 40-an ditahan pada jam 7 malam, ketika dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Kuala Lumpur, dipercayai untuk bekerja di kedai makan.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9), Superintenden Nor Azizan Yusof berkata, penahanan PATI itu hasil rondaan pihaknya yang terserempak dengan sebuah bas ekspres jenis Scania warna putih dan biru serta kereta Toyota Innova warna coklat dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota kita mendekati dua lelaki warga tempatan yang berada berdekatan kenderaan dan memperkenalkan diri sebagai pihak polis sebelum mengarahkan mereka untuk mengemukakan dokumen pengenalan diri.

"Hasil pemeriksaan bagaimanapun tidak menemui barang yang menyalahi undang-undang, sebelum pegawai dan anggota risik mengarahkan dua lelaki itu membuka kunci pintu bas.

"Pemeriksaan di dalam bas menemui 36 orang iaitu 22 lelaki dan 13 perempuan serta seorang kanak-kanak disyaki warganegara Thailand tanpa dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka dibawa ke Komtek Taman Bakti Rantau Panjang untuk  proses dokumentasi," katanya.

Nor Azizan berkata, pihaknya menahan dua lelaki dan seorang daripada mereka, disyaki tekong darat yang mengaku menerima upah sebanyak RM200.

“Kami turut merampas sebuah bas, sebuah Toyota Innova dan sebuah telefon bimbit dengan jumlah keseluruhan RM603,500,” katanya.

Nor Azizan berkata, pihaknya turut menahan seorang lagi tekong bersama dua lelaki dan dua wanita warga Thailand dipercayai PATI, hasil serbuan di sebuah rumah di Kampung Dangar, Pasir Mas, pada jam 3.28 petang, semalam.

"Ketika serbuan, mereka berada di dalam kereta jenis Mazda warna hitam dan hasil pemeriksaan lanjut ke atas empat PATI mendapati, kesemuanya tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Anggota merampas dan menahan mereka termasuk tekong warga tempatan yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 26J ATIPSOM 2007," katanya. – Getaran, 21 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kelantan Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Geran Tahunan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kelantan Gubal Semula 16 Seksyen Enakmen Kanun Jenayah Syariah

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 46 minit yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Semasa 23 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya