web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-kanak Maut Cuba Tahan Kereta Mengundur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 3:28PM

Mangsa, Aisyah Amani Amirrudin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut setelah tersepit di bawah kereta milik keluarganya, yang mengundur secara tiba-tiba di Kampung Keledang Luar Tawar dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, mangsa, Aisyah Amani Amirrudin, 9, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat digilis Proton Wira tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Shamsudin Mamat, kejadian berlaku ketika bapa dan nenek mangsa tiada di rumah dan kanak-kanak terbabit hanya tinggal bersama bapa saudaranya serta adik beradik lain berusia antara tujuh hingga 15 tahun.

“Bapa saudara mangsa terdengar jeritan anak-anak saudaranya menyatakan Aisyah berada di bawah kereta. Lelaki terbabit kemudiannya bergegas ke tempat letak kereta dan berusaha mengeluarkan kanak-kanak tersebut dengan menolak kenderaan itu ke depan.

“Mangsa bagaimanapun ketika itu didapati sudah tidak sedarkan diri. Bapa saudaranya yang juga pemandu ambulans swasta kemudian bergegas menghantar kanak-kanak berkenaan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani, bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Mengulas lanjut Shamsudin berkata, mangsa yang juga pelajar di Sekolah Kebangsaan Tawar disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Hasil soal siasat awal bersama saksi, mangsa dikatakan masuk ke dalam kereta dan bermain di bahagian pemandu. Dia dipercayai menurunkan brek tangan hingga menyebabkan kereta tersebut bergerak ke belakang.

“Mangsa kemudian dipercayai panik, menyebabkan dia berlari ke belakang kereta, untuk menahan kenderaan tersebut. Namun kanak-kanak itu tidak terdaya berbuat demikian menyebabkannya digilis kenderaan berkenaan,” katanya.

Shamsudin menambah, pemeriksaan di lokasi mendapati kereta itu diletakkan di bawah beranda rumah dan berada di permukaan bercerun.

“Terdapat kesan kemik pada bahagian belakang kereta yang menunjukkan ia turut melanggar sebuah pokok di lokasi kejadian. Kereta itu dipercayai hanya terhenti setelah terlanggar pokok berkenaan.                 

“Buat masa ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). Namun dalam masa sama, kes turut disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat, hari ini. - Getaran 24 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia