web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Samseng Tingkatan 4 Belasah Rakan Sekelas, Polis Kenal Pasti Suspek

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 2:51PM

Sekurang-kurangnya 10 pelajar dilihat terlibat dalam membelasah pelajar SMK Tunku Putra di Langkawi menerusi klip video yang tular di media sosial hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra di pulau legenda ini berpotensi untuk beraya di lokap apabila klip video memaparkan mereka membelasah rakan sekelas, tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan terhadap kes tersebut.

“Laporan polis berkenaan dibuat oleh mangsa sendiri yang berumur 16 tahun pada awal pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

“Siasatan awal mendapati kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam di dalam kelas sebuah sekolah di pulau ini,” katanya.  

Sejak pagi tadi, tersebar di laman Facebook dan aplikasi telegram tindakan kira-kira 10 pelajar yang memakai baju-T hijau tertulis SMK Tunku Putra, Langkawi, membelasah rakan mereka hingga terbaring.

Pelbagai aksi dapat dilihat dengan mangsa terlebih dulu diterajang dari belakang sebelum disusuli aksi tendangan terbang dari depan, dan dikeroyok beramai-ramai hingga akhirnya dihempap dengan meja.

Mengulas lanjut Shariman berkata, kejadian itu dipercayai berpunca dari salah faham akibat ejekan.

“Susulan laporan polis yang diterima, mangsa kemudiannya dirujuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan setakat ini dia didapati tidak mengalami kecederaan fizikal.

“Suspek sedang dikenal pasti dan siasatan lanjut kini dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 28 April 2022

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia