web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dua Maut Struktur Besi Kren Jatuh Di Alam Damai, Cheras

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 11:28AM

Gambar menunjukkan sebuah kenderaan remuk dihempap struktur besi kren pembinaan di Persiaran Alam Damai, Cheras.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua maut manakala dua cedera parah dalam kejadian struktur besi kren pembinaan lebuh raya jatuh berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, pagi tadi.

“Seorang warga tempatan yang merupakan pemandu kereta mengalami kecederaan parah”

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.45 pagi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati struktur besi kren launcher pembinaan lebuh raya jatuh dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

“Seorang warga tempatan yang merupakan pemandu kereta mengalami kecederaan parah kerana kereta mangsa dihempap struktur besi kren berkenaan.

Struktur besi kren 'launcher' pembinaan jatuh dan menyebabkan kemalangan.
Struktur besi kren 'launcher' pembinaan jatuh dan menyebabkan kemalangan.

“Tiga lagi mangsa merupakan pekerja projek pembinaan tersebut dan dipercayai dua daripada mereka jatuh setinggi 120 kaki dan disahkan meninggal dunia,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh anggota bomba. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Nenek, Cucu Sesat Di Bukit Buluh Telur Ditemui Selamat

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Semasa 1 jam yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa