web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebebasan Pengamal Media Malaysia Perlu Dihormati - Hon Wai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2022 9:09PM

Pelbagai pihak diminta menilai semula kebebasan sebenar media agar Indeks Kebebasan Media Dunia tidak terus merosot. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak digesa memandang serius pencapaian buruk Malaysia yang jatuh 18 tangga menerusi Indeks Kebebasan Media Dunia 2021 berbanding dua tahun lalu. 

Penurunan itu sekaligus mencatatkan kemerosotan paling teruk buat negara dari tahun ke tahun.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai berkata, pelbagai pihak diminta menilai semula kebebasan sebenar media agar Indeks Kebebasan Media Dunia tidak terus merosot.

Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia hari ini, menurut beliau, perkara tersebut perlu diangkat semula agar prinsip kebebasan sebenar media dapat diperkasakan di Malaysia. 

"Tanggal 3 Mei adalah peringatan pada kerajaan tentang keperluan untuk menghormati komitmen mereka untuk kebebasan media.

"Ia juga adalah cerminan dalam kalangan media profesional tentang isu kebebasan dan etika profesional,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini. 

Dalam pada itu, Hon Wai berkata, pengamal media perlu dipertahankan daripada serangan terhadap ‘kemerdekaan’ institusi tersebut. 

"Semua pihak perlu terus sentiasa memberi penghormatan kepada wartawan, apatah lagi ada yang hilang nyawa semasa bertugas," katanya. 

Untuk rekod, menerusi laporan Reporters Without Borders (RSF) pada tahun lalu, Malaysia merekodkan penurunan ke tangga 119 pada 2021 berbanding 101 dua tahun lalu. 

Indonesia yang naik enam tangga ke tempat ke-113, merupakan satu-satunya negara di rantau ini yang merekodkan kedudukan lebih baik berbanding Malaysia.

Jurucakap RSF memaklumkan, antara faktor utama menyebabkan kemerosotan ini termasuk undang-undang mengekang berita palsu melalui Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang “membenarkan kerajaan untuk menentukan kebenarannya sendiri”.

RSF turut merujuk kepada beberapa akta yang menyekat kebebasan media, termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kemerosotan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2021 adalah pencapaian paling teruk pernah berlaku.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu memaklumkan, indeks tersebut menyenaraikan Malaysia di antara Congo (118) dan Nigeria (120).

“Baru-baru ini, seorang penyampai berita dari Astro Awani dikatakan akan disiasat berhubung pandangan ‘otak di lutut’ yang dilemparkannya apabila melaporkan ada peniaga kecil di Kelantan dikompaun RM50,000. 

"Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku, saya percaya ada banyak hal-hal yang lebih penting perlu disiasat berbanding perkara tersebut,” katanya. - Getaran, 3 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini