web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ban Runtuh Di Pokok Sena, 75,000 Akaun Pengguna Terjejas Bekalan Air

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 May 2022 9:32PM

Keadaan ban Terusan Tengah yang pecah di Struktur Alor Limpah, Sifon Lengkuas MADA dekat Pokok Sena yang menyebabkan lebih 75,000 akaun pengguna terjejas daripada mendapat bekalan air sejak kira-kira jam 4 petang tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Lebih 75,000 akaun pengguna mengalami masalah bekalan air, susulan kejadian ban kanan Terusan Tengah yang pecah di Struktur Alor Limpah, Sifon Lengkuas Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Pokok Sena kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Insiden tersebut turut melibatkan pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di daerah Kota Setar, sejak jam 4 petang, hari ini.

Kejadian itu nyata memburukkan lagi keadaan setelah penduduk di beberapa kawasan dalam negeri ini turut dilanda masalah tekanan air rendah serta kekurangan bekalan air di beberapa kawasan, sepanjang tempoh sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Menerusi infografik di laman Facebook SADA, sebanyak dua Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa dihenti tugas iaitu LRA Bukit Pinang dan LRA Pokok Sena.

Untuk LRA Bukit Pinang, sebanyak 60,000 akaun terjejas di kawasan Kota Setar bermula jam 4.15 petang tadi.

Tindakan menghentikan tugas di LRA Pokok Sena pula menyebabkan sebanyak 15,000 akaun di seluruh kawasan Pokok Sena terjejas.

Tempoh masalah itu mampu diselesaikan tidak dapat dipastikan dan infografik berkenaan menyatakan, gangguan akan berterusan sehingga kadar aliran dan paras sungai kembali normal.

Antara lokasi di Alor Setar yang terjejas termasuklah seluruh Pekan Langgar, sepanjang Jalan Sungai Mati ke Pekan Langgar, sepanjang Jalan Pantai Johor ke Simpang Empat serta Hotel Grand Alora, Pumpong dan Hospital Swasta Kedah Medical Centre (KMC).

Tidak terkecuali Istana Negeri Kedah di Anak Bukit, Kediaman Menteri Besar di Sri Mentaloon, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Penjara Alor Setar, serta Hospital Lama Alor Setar.

Klip video memaparkan air sungai yang deras, berikutan kejadian tersebut turut tular di media sosial ketika ini.

Sementara itu Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman memaklumkan runtuhan ban itu berpunca daripada hujan lebat di kawasan tadahan dan di dataran, semalam yang menyebabkan aliran tidak terkawal serta peningkatan paras air dari tadahan Sungai Padang Terap.

“Hujan lebat itu menyebabkan peningkatan paras air melebihi paras limpah setinggi 8.01 meter di struktur Alor Limpah Lengkuas Sifon tersebut, menyebabkan kegagalan strukturnya.

“Kejadian ini dijangka memberi kesan kepada penggunaan bekalan air terawat penduduk sekitar dan pihak MADA bersama SADA telah melakukan tindakan segera dengan menjalankan kerja-kerja pembinaan sekatan sementara di Sungai Bukit Pinang bagi mengawal para air dalam Terusan Tengah, supaya LRA tidak terjejas,” katanya.

Tambahnya, kerja-kerja pembaikan ban sementara akan dijalankan malam ini juga oleh kontraktor dilantik MADA.

Dalam pada itu tinjauan di media sosial mendapat kejadian tersebut turut membawa rezeki kepada penduduk setempat.

Rata-rata mereka dilihat gembira menaikkan pelbagai jenis ikan sungai antaranya lampam bersaiz besar yang sememangnya menjadi kegemaran penduduk tempatan. - Getaran 9 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

2 Maut, 3 Cedera Lori Tanah Rempuh 3 Kenderaan Di Pokok Sena

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Seminggu Tanpa Air: Pelajar UMS Alami Masalah Bekalan Teruk, Berulang Angkut Baldi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Bulan Tiada Air, Penduduk Wang Perah Kembali Ke Zaman Silam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Banjir: Sebuah Lagi PPS Dibuka Di Kedah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia