web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pandang Serius Pemerkasaan Depot Tahanan PATI Elak Insiden 'Larikan Diri' Berulang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 May 2022 9:41PM

Seramai 528 tahanan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap telah merusuh dan melarikan diri pada bulan lepas. 467 tahanan ditahan semula setakat ini manakala bakinya sedang diburu polis. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sistem pengurusan Depot Tahanan Imigresen Sementara perlu diperkasakan agar insiden tahanan etnik Rohingya melarikan diri secara beramai-ramai di Relau, Pulau Pinang tidak berulang kembali.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan, Mohd Ramlan Mohd Arshad berkata, rombakan itu bukan sahaja hanya membabitkan pihak atasan, malah perlu dilaksanakan sepenuhnya ke atas pentadbiran depot tahanan.

Menurutnya, kajian terperinci perlu dilakukan bagi memastikan kesemua faktor diambil kira, seperti sistem kawalan keselamatan lebih canggih untuk memastikan tiada lagi tahanan terlepas.

“Adakah tenaga kerja, fasiliti dan infrastruktur mencukupi. Maka, ia perlu dilihat dari perspektif menyeluruh. Selain itu, sistem pendaftaran di depot tahanan boleh dijadikan subjek untuk diteliti. Apakah depot tahanan mempunyai ‘software’ dan ‘hardware’ sesuai untuk proses pendaftaran secara digitilisasi dilaksanakan.

“Tidak dinafikan pihak kerajaan sudah berusaha ke arah digitilisasi melalui Sistem Pengesanan Maklumat Pelarian (TRIS) untuk memudahkan pendaftaran dan pengesanan pelarian. Maka, usaha ini boleh dijadikan sebagai asas bagi meningkatkan lagi sistem pengurusan di depot tahanan di seluruh negara,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian pada bulan lalu itu, seramai 528 tahanan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap merusuh dan melarikan diri.

Enam daripada mereka maut dalam kemalangan ketika cuba melintas laluan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Bagaimanapun, 467 tahanan ditahan semula setakat ini manakala bakinya sedang diburu polis.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud turut mengesahkan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Kedah pada 20 April lalu turut dikesan berada di sekitar Selayang.

Dalam pada itu, Mohd Ramlan menyambut baik cadangan sesetengah pihak yang menggesa agar kerajaan memindahkan peranan depot tahanan yang ketika ini dikendalikan Jabatan Imigresen kepada pihak polis atau Jabatan Penjara.

Bagaimanapun, jelasnya, sekiranya keadaan semasa berkaitan tenaga kerja, sumber kewangan, infrastruktur, sistem dan faktor lain tidak diperbaiki, masalah akan tetap berlaku pada masa depan. 

“Perlu diteliti semula secara lebih spesifik keperluan untuk memantapkan sistem kawalan depot tahanan. Penglibatan pelbagai pihak untuk duduk berunding sebolehnya dilakukan dalam masa terdekat, demi mencari jalan penyelesaian lebih komprehensif serta holistik dengan melihat kepada pelbagai aspek.

“Misalnya tanggungjawab pihak berkuasa, UNHCR, swasta, pertubuhan sivil dan masyarakat secara umum. Isu ini sangat penting diteliti kerana melibatkan keselamatan awam. 
“Dengan jumlah pelarian semakin meningkat, usaha untuk memastikan sistem kawalan dan pengurusan ke atas depot tahanan perlu menjadi tumpuan segera serta diberikan perhatian khusus oleh pihak kerajaan,” katanya.

Jika tidak ditangani dengan serius, Mohd Ramlan berkata, pihaknya bimbang insiden terbabit akan memberi impak negatif kepada kedaulatan negara.

Dalam pada itu, berdasarkan kajian, beliau mendapati wujud isu pelarian, mahupun tahanan yang sudah terlalu lama di depot tahanan, sehingga ada melebihi jangka masa setahun, seperti termaktub dalam undang-undang.

“Berdasarkan kepada Penyata Rasmi Parlimen Malaysia, Kamar Khas yang bersidang pada 18 November 2020, statistik daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 13 November 2020 menunjukkan terdapat seramai 13,103 orang tahanan di Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara, berbanding kapasiti depot, iaitu seramai 12,530 tahanan pada satu-satu masa.

“Daripada jumlah tersebut, tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya di Depot Tahanan Imigresen adalah seramai 1,955 orang. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat kesesakan serius di kem tahanan dikendalikan JIM menyebabkan jumlah penghuni semakin meningkat dari hari ke hari,” katanya.

Keadaan tersebut, kata Mohd Ramlan, secara tidak langsung meningkatkan beban, khususnya tenaga kerja dan sumber kewangan bagi menguruskan depot tahanan di seluruh negara.

“Perlu diingatkan, JIM juga ada tanggungjawab penguatkuasaan di sempadan negara. 

“Bagi negari yang mempunyai kem tahanan seperti di Juru, Langkap, Semenyih, KLIA, Lenggeng, Machap Umboo, Pekan Nenas, Ajil dan Tanah Merah, sudah tentutnya pihak JIM perlu berhadapan dengan isu bebanan dan tanggunjawab lebih,” katanya. - Getaran, 20 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 22 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan