web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pakcik Bernafsu Syaitan Rogol Anak Saudara Ketika Isteri, Anak Tidur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 May 2022 2:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Akibat terlalu menurut nafsu, seorang tukang aluminium tergamak merogol anak saudaranya sendiri dalam sebuah bilik yang turut menempatkan isteri serta dua anaknya, di sini semalam.

Kejadian pada jam 12.30 tengah malam semalam itu berlaku di sebuah rumah dekat Bandar Mutiara di sini, ketika isteri suspek bersama anaknya yang masih kecil sedang tidur dalam bilik berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner (ACP) Zaidy Che Hassan, mangsa yang sudah berhenti sekolah ketika di tingkatan tiga, tidak menjerit sewaktu diraba dan dirogol kerana merasa takut.

“Suspek merupakan adik ipar kepada emak mangsa. Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berada dalam bilik tidur pasangan itu, sebelum suspek yang masuk ke bilik, tiba-tiba meraba sebelum merogolnya.

“Ketika kejadian, emak saudara mangsa sedang tidur bersama dua anaknya dan tidak sedar akan kejadian itu. Mangsa dikatakan cuba melawan namun tidak berdaya dan dia juga tidak menjerit kerana takut,” katanya.

Difahamkan anak suspek yang turut berada dalam bilik tersebut masing-masing berusia 7 dan 8 tahun.

Mangsa dipercayai menumpang di rumah pengadu selama dua hari setelah nenek yang menjaganya sejak setahun lalu pulang ke Pendang.

Zaidy menambah, susulan kejadian itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Petani kira-kira jam 9.57 malam tadi.

“Pemeriksaan pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) menyatakan terdapat kesan tusukan benda tumpul serta koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

“Berikutan itu suspek telah ditahan di rumahnya kira-kira jam 12.38 tengah malam tadi.

“Suspek kini berada dalam tahanan reman selama seminggu bermula hari ini hingga 28 Mei depan,” katanya. -Getaran 22 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Bunuh Nenek 85 Tahun, Kelindan Lori Kekal Ke Tali Gantung

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Peras Ugut Dan Rogol, 2 Anggota Polis Didakwa Hari Ini

4

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Mesti Pakcik Ni Rindukan Anak Atau Cucu Dia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia