web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesawah Hiba Padi 'Terbantut' Dek Baja Subsidi Tak Kunjung Tiba

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 May 2022 9:04AM

Mohd Nasir menunjukkan padi yang kekuningan akibat baja yang tidak mencukupi di Kampung Megat Dewa, Kodiang, Kubang Pasu, Kedah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUBANG PASU - Padi berusia lebih 40 hari yang sepatutnya menghijau, kini bertukar kekuningan dengan tumbesarannya terbantut akibat ketiadaan stok baja, sehingga masih dapat dilihat takungan air pada petak sawah.

Itu nasib dialami pesawah di Kampung Megat Dewa, Kodiang di sini, ketika menanti baja subsidi yang masih belum diperoleh.

Menurut seorang pesawah, Mohd Nasir Omar, 52, dia merasa teraniaya dengan situasi terbabit yang berisiko menjejaskan hasil dan pendapatan yang sepatutnya diterima.

Katanya, dia dan rakan pesawah sudah beberapa kali bertanya kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) serta Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) mengenai perkara itu, namun jawapan diterima tetap sama, iaitu tiada stok.

“Kami difahamkan apabila bekalan baja sampai saja, stoknya sentiasa cepat habis. Baja ini seolah-olah dicatu tetapi siapa mencatunya, kita tak tahu.

“Dalam tempoh 40 hari ini, sepatutnya padi itu sudah dua kali dibaja tetapi akibat ketiadaan stok, saya cuma dapat laksanakan kerja membaja sekali saja dengan bantuan rakan-rakan.

“Sudahnya padi yang patut hijau, menjadi kuning, selain tumbesarannya terbantut hingga masih menampakkan ruang dalam petak sawah,” katanya.

Mohd Nasir berkata, walaupun baja subsidi itu diterima dalam tempoh terdekat dan ditabur secepat mungkin di sawah, hasil padi dituai kelak sudah tentu tidak mencapai jumlah disasarkan.

“Boleh dikatakan kita sudah terlewat, tetapi kami tetap berharap agar baja tersebut sampai secepat mungkin supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk,” katanya kepada Getaran.

Portal ini semalam melaporkan isu kelewatan pengedaran baja subsidi padi di negeri berkenaan yang dijangka memberi kesan terhadap hasil dan pendapatan pesawah.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar pula berkata, beliau menerima banyak rungutan daripada petani, termasuk pesawah berhubung perkara tersebut dengan ada dalam kalangan mereka, merayu supaya kerajaan mempercepatkan penghantaran bekalan baja.

Muhammad Rafirdaus Abu Bakar
Muhammad Rafirdaus Abu Bakar

Seorang pesawah, Muhammad Rafirdaus Abu Bakar, 46, berkata, isu tersebut sudah berlarutan sejak dua tahun lalu, namun sehingga kini seakan-akan tidak berpenghujung.

Katanya, jika sebelum ini pihak berkaitan sering memberi alasan kekurangan bahan mentah untuk menghasilkan baja apabila berlaku kelewatan, kali ini perang Rusia dan Ukraine pula ‘dipersalahkan’.

“Bagi petani, kami merasakan antara punca masalah ini adalah kegagalan menyelaraskan jadual penanaman padi, jadual kelulusan benih padi dan jadual penghantaran baja. Sebab itu masalah ini berterusan walaupun kami patuh terhadap jadual ditetapkan.

“Masalah ini menjejaskan pendapatan dan sebab itulah kami marah apabila ada retorik mengatakan bahawa semua pihak sedang berusaha membantu petani meningkatkan hasil. Hakikatnya akibat masalah ini, kami kehilangan sebanyak RM500 daripada pendapatan bagi setiap relong atau 0.29 hektar sawah diusahakan,” katanya.

Rafirdaus menambah, daripada terus berada dalam keadaan ‘samar’ seperti itu, lebih baik kerajaan memberikan subsidi baja secara terus kepada petani serta membanyakkan syarikat konsesi agar bekalan baja terjamin.

“Biar ada persaingan dan tak perlulah kita harapkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) semata-mata. Subsidi itu pula, eloklah diberi secara terus kepada petani daripada menyerahkannya kepada pihak lain yang menyebabkan petani tak dapat baja pada waktu sepatutnya,” katanya.

Menurutnya, harga baja yang mahal turut menyebabkan petani tidak mempunyai pilihan, selain terpaksa menunggu baja subsidi tersebut.

“Ada juga yang ‘meminjam’ saki-baki baja lama yang masih ada dari kawan-kawan. Kalau nak beli di luar, modalnya amat besar kerana harga baja import yang selalu digunakan di pasaran, meningkat mendadak.

“Sebelum pandemik COVID-19, harganya cuma RM126 untuk 50 kilogram tetapi sekarang meningkat kepada RM228 pula. Keadaan itu sudah tentu membebankan petani,” ujarnya.

Manakala Nazri Murad, 52, mengakui dia terpaksa meminjam lebihan baja dari rakannya bagi mengusahakan sawah.

“Itu pun saya pinjam sikit-sikit sajalah sebab kawan-kawan pun nak pakai. Kalau pinjam banyak, nanti tiba masanya mereka nak pakai baja itu, di mana pula kita nak cari ganti,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2022

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia