web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Hanya Berharap Pada Indonesia - PAPSMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jun 2022 5:42PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa untuk tidak hanya melihat kepada Indonesia sebagai sumber tunggal untuk menyelesaikan masalah kekurangan buruh asing dalam negara.

Setiausaha Agung Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr Sukumaran Nair berkata, pihaknya mencadangkan agar kerajaan turut melihat kepada negara lain seperti Bangladesh dan Nepal yang sentiasa bersedia menyumbang tenaga kerja asing kepada Malaysia.

Menurut beliau, inisiatif tersebut perlu dilaksanakan memandangkan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) yang sepatutnya sampai ke Malaysia pada 31 Mei lalu tidak tiba seperti dijadualkan.

“Kami menggesa kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Sumber Manusia mencari di negara lain untuk pekerja asing dari bagi memenuhi kekosongan yang menyebabkan orang ramai hilang keyakinan terhadap keupayaan Indonesia.

“PAPSMA tidak tahu apakah punca sebenar PDI itu lambat tiba ke Malaysia sedangkan kerajaan kedua-dua negara telah melakukan pelbagai usaha untuk menempatkan PDI ke Malaysia sejak fasa peralihan ke endemik bermula,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Terdahulu media tempatan melaporkan, kumpulan pertama pekerja asing sektor perladangan dari Indonesia yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 malam, kelmarin, gagal berbuat demikian.

Ia merupakan ketibaan pertama kumpulan pekerja asing dari negara itu, selepas sekatan disebabkan pandemik COVID-19.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono turut mengesahkan penangguhan penerbangan membabitkan 164 pekerja asing sektor perladangan dari Indonesia.

Sementara itu, Sukamaran menegaskan, perkembangan terbaharu terhadap perkara itu mengecewakan ramai majikan, khususnya syarikat yang kekurangan tenaga pekerja.

“Majikan sangat berharap agar kekurangan tenaga buruh asing yang kritikal dalam pelbagai sektor di Malaysia dapat diselesaikan dengan segera oleh kerajaan.

“Kami mendesak kerajaan Malaysia melihat negara lain untuk memenuhi keperluan industri dalam negara sebelum rakyat mula hilang kepercayaan terhadap kerajaan dalam menangani isu tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Sukumaran berkata, ejen perekrut dari beberapa negara telah memberikan persetujuan mereka untuk membekalkan tenaga kerja asing khususnya sektor pembantu rumah kepada Malaysia.

“Pembantu rumah Bangladesh kini dihantar ke beberapa negara antaranya Arab Saudi, Jordan, Hong Kong, Jepun, dan Korea Selatan.

“Ejen perekrut Bangladesh dan Nepal telah memberikan persetujuan untuk menghantar sejumlah besar pembantu rumah terlatih ke Malaysia jika tuntutan mereka dipenuhi,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'