web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Setahun Tertangguh, LIMA Kembali Beraksi Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 5:40PM

Hishammuddin (dua, kiri) bersama Ka Siong (tiga, kanan) menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman LIMA 23 antara Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Muez Abd Aziz (duduk, kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak (duduk, kanan) pada Majlis Pra-Pelancaran LIMA 2023 di Wisma Pertahanan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas tertunda pada 2021 akibat COVID-19, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) kembali berlangsung di Pulau Langkawi, 23 hingga 27 Mei tahun depan.

Pameran terbesar di Asia Pasifik tersebut dijangka menarik sekurang-kurangnya 600 syarikat pempamer dari 20 negara seluruh dunia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, LIMA edisi kali ini amat dinantikan semua pihak termasuk pempamer, delegasi antarabangsa dan orang awam memandangkan ia kali akhir diadakan pada 2019.

Menurut beliau, keputusan untuk mengadakan semula LIMA tahun depan adalah berdasarkan kejayaan penganjuran Defence Services Asia (DSA) Mac lalu serta kesediaan negara selepas memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.

“Mengambil kira maklum balas semasa yang Malaysia terima dari rakan antarabangsa setakat ini, dijangka berlaku peningkatan, sekali gus berpotensi menjadikan jumlah pempamer, astaka negara terbabit, pelawat perdagangan dan awam, tetamu serta aset di LIMA 2023 sebagai yang terbesar pernah direkodkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran LIMA ‘23 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.  

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.  

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, terdapat beberapa pembaharuan dalam penganjuran LIMA ‘23, antaranya pengenalan segmen pertunjukan dan perlumbaan dron, penampilan segmen teknologi angkasa, forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan dan program menyeluruh untuk remaja termasuk berkaitan pendidikan.  

“Selain itu ada segmen kerjaya serta pertandingan permainan elektronik (e-Games) dan segmen wanita dalam pertahanan.

“Ini tidak termasuk segmen keselamatan siber dalam industri penerbangan serta maritim dan semestinya pameran aset serta pertunjukan udara yang terbaik dalam sejarah," katanya.  

Beliau berkata, penganjuran LIMA sekali lagi akan diselaraskan bersama Kementerian Pengangkutan bagi memastikan kelancaran acara, dan ia turut melibatkan pembabitan syarikat Alpine Integrated Solution Sdn Bhd sebagai penganjur bersama.

Dalam perkembangan berkaitan, Ka Siong berkata, penganjuran LIMA adalah platform terbaik untuk merancakkan kembali sektor maritim komersil dan aeroangkasa yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Katanya, kedua-dua sektor tersebut berpotensi untuk diketengahkan menerusi beberapa aspek penting, antaranya perkhidmatan dan produk utama, teknologi, akademik serta peluang pekerjaan.  

“Berdasarkan kepada perkembangan dan trend semasa, Malaysia memperlihatkan peningkatan dalam industri dron dengan sekurang-kurangnya 200 syarikat dikenal pasti beroperasi di negara ini.  

“Terdapat syarikat tempatan ini yang menjadi peneraju dalam industri dron dan syarikat terbabit boleh mengambil platform ini untuk mengembangkan lagi potensi perniagaan masing-masing,” katanya.  

Beliau berkata, Malaysia perlu mengambil peluang dalam industri pembinaan dan pembaikan kapal yang keseluruhannya bernilai lebih dari RM 15.3 bilion.  

“Sektor ini terdiri daripada sektor minyak dan gas, perikanan, kapal persiaran, pelabuhan serta sektor sokongan yang lain.  

“Berdasarkan statistik daripada Jabatan Laut, hampir 100,000 kapal melalui Selat Melaka tahun lalu menjadikan ia antara laluan tersibuk dunia yang mengendalikan kira-kira 25 peratus barangan dagangan global,” katanya. - Getaran, 8 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Baru Saja Terima Surat Rasmi Tapi Tiada Sebab Penggantungan Dinyatakan - Hishammuddin

2

Politik 1 tahun yang lalu

Hishammuddin, Apakah Mengkhianati Parti Bukan Perbuatan Jahat? - Puad

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Pecat KJ, Noh, Gantung Keahlian 4 Pemimpin Kanan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Santuni Rakyat Pulau Langkawi

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 1 hari yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad