web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hishammuddin, Apakah Mengkhianati Parti Bukan Perbuatan Jahat? - Puad

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 9:34AM

Hishammuddin Hussein diminta menilai kembali perbuatannya yang mengkhianati UMNO, sebelum menuduh parti itu bertindak jahat kerana memecat dan menggantung beberapa ahli - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diminta menilai kembali perbuatannya yang mengkhianati UMNO, sebelum menuduh parti itu bertindak jahat kerana memecat dan menggantung beberapa ahli.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, mantan Menteri Pertahanan tersebut jelas mengkhianati UMNO apabila menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, perbuatan yang dilakukan bersama sembilan lagi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu jelas membuktikan keengganan Hishammuddin mengakui kepemimpinan dan keupayaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mengepalai parti.

“Nak tanya Hishammuddin, apakah perkataan traitor and treachery (pengkhianatan) serta kesan buruknya kepada parti tidak ada dalam kamus beliau. Apakah itu bukan jahat (evil)?” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyatakan demikian sebagai mengulas hantaran dimuat naik Hishammuddin di dua akaun media sosialnya, semalam.

Dalam satu hantaran ringkas, bekas Naib Presiden UMNO itu menyatakan, kejahatan dilakukan pihak tertentu tidak boleh membuatkan seseorang individu turut melakukan yang sama.

Their evil must not make us lose our good,” katanya, dipercayai mengulas keputusan parti menggantung keahliannya selama enam tahun, berkuatkuasa serta merta.

Selain Hishammuddin, turut digantung keahlian ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang. 

MKT menerusi mesyuarat Jumaat lalu turut mengumumkan pemecatan mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar kerana disabitkan melanggar disiplin parti ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada November.

Hishammuddin dalam satu hantaran video semalam dipetik sebagai berkata, penggantungan tersebut adalah permulaan baharu kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.

Jelas Bendahari Agung BN itu, keputusan berkenaan tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berjuang.

Difahamkan, UMNO Sembrong akan mengadakan sidang akhbar petang ini  selepas satu mesyuarat khas, bagi menyatakan pendirian mereka.

Timbalan Ketua UMNO Sembrong, Abd Ghani Abd Rashid berkata, pendirian UMNO Sembrong akan dibacakan bekas Setiausaha Akhbar Hishammuddin yang juga Ketua Pemuda UMNO Sembrong, Hafiz Ariffin. - Getaran, 29 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Sanusi Sibuk Berbohong, Macam Mana Pelabur Nak Datang?’ - Puad

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sanusi MB Pembohong No 1 Malaysia - Puad 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Ditahan Bantu SIasatan Kes Khianat Guna Api

4

Politik 1 tahun yang lalu

Baru Saja Terima Surat Rasmi Tapi Tiada Sebab Penggantungan Dinyatakan - Hishammuddin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia