web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Sanusi Sibuk Berbohong, Macam Mana Pelabur Nak Datang?’ - Puad

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 8:11AM

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tabiat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang gemar berbohong akan menguburkan niat pelabur asing untuk datang ke negara ini.

Menegaskan perkara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Sanusi tidak pernah berhenti daripada memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, kunjungan Anwar ke New York, baru-baru ini untuk menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) tidak terlepas daripada fitnah Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu.

“Dia tuduh rombongan PMX main golf. Setahu kita, PMX bukan peminat golf.

“PMX sampai New York 21hb dan balik 24hb. Tak ada masa nak main golf. Jadual padat dari pagi sampai ke petang. Ada bilateral, dialog dan jamuan,” katanya.

Jelas Puad, delegasi Perdana Menteri termasuk beliau sendiri hadir pada hampir kesemua sesi bilateral dan dialog, termasuk ketika Anwar bertemu sahabat baiknya, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

“Dia juga jumpa Presiden Iran, Ebrahim Raisi. Lainlah Ustaz Hadi (Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang). 

“Dia nak masuk (Arab) Saudi pun bermasalah. Sedangkan dia wakil Malaysia ke negara Asia Barat bertaraf Menteri,” katanya, sinis.

Selar Puad, tiada pemimpin luar negara minat berdialog dengan Hadi. 

“Di New York Anwar berdialog anjuran Harvard Club, Council for Foreign Policy dan Invest Malaysia.

“Tetapi di Malaysia, Sanusi sibuk memfitnah dan berbohong. Macam mana pelabur luar nak datang,” bidasnya. 

Sanusi beberapa hari lalu ketika berceramah di kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai dipetik sebagai berkata, keadaan dewan yang kosong menunjukkan Anwar tidak diterima sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Orang buat perbandingan, ucapan Perdana Menteri ke-9 (PM9) (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dengan ucapan PM10 di UNGA. Apa bezanya?

"Bezanya masa PM9 berucap orang ramai tetapi masa PM10 berucap di UNGA orang tak ada.. yang ada pun delegasi Malaysia sahaja.

"Kenapa tak ada orang? Sebab orang luar pun tahu dia kuat membohong, daripada dengar lebih baik keluar. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut malu kerana ketika berucap di UNGA orang tak mahu dengar," katanya. - Getaran, 1 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

2

Politik 3 bulan yang lalu

Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

3

Sukan 6 bulan yang lalu

KDA FC Sudah Terima RM16 Juta Dari KFA Sejak Ditubuhkan - Sanusi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kedah Agro Tamat Operasi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia