web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kedah Agro Tamat Operasi

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 8:13PM

Muhammad Sanusi Md. Nor (kiri) bergambar bersama anak yatim Program Cahaya Ramadan Sumbangan Baju Raya Kepada Anak Yatim dari Rumah Budi - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Agro Holdings Sdn. Bhd. yang sebelum ini berdepan masalah untuk membayar tunggakan gaji pekerjanya selama enam hingga sembilan bulan, akhirnya bakal menamatkan operasi.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, langkah tersebut sepatutnya sudah lama diambil kerana syarikat terbabit tidak lagi berdaya maju. 

"Saya maklum dah sebelum ini bahawa syarikat itu tak berdaya maju dan perlu ditamatkan operasinya. Sepatutnya dah lama buat demikian tetapi sekarang ini walaupun dah terlewat, tetaplah buat juga (tamatkan operasi). 

"Syarikat itu masih ada aset dan liabiliti termasuk hutang dengan pihak lain. Disebabkan itu, tak bolehlah ditutup sebaliknya hanya tamatkan operasi. 

"Ada sebahagian kakitangan ditamatkan perkhidmatan tetapi masih ada lagi yang kena tunggu untuk selesaikan bayaran hutang, aset dan segala liabiliti. Jadi perlu ada orang yang tunggu di situ," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika hadir menyempurnakan Program Cahaya Ramadan Sumbangan Baju Raya Kepada Anak Yatim dari Rumah Budi, Yan di Pekan Rabu dekat sini, hari ini. 

Sanusi bagaimanapun mengakui tidak tahu jumlah sebenar hutang ditanggung Kedah Agro namun berkata, ia terlalu banyak hingga syarikat tersebut tidak mampu melangkah lagi. 

"Kerajaan negeri tak boleh bail out syarikat dan itu hanya dilakukan oleh orang (pentadbiran) dulu. Polisi saya, syarikat tidak berdaya maju perlu ditutup, tak salah begitu.

"Ada dua juta rakyat Kedah, kalau nak jaga seorang dua tak payahlah...Saya ulang banyak kali dah hal itu tetapi orang marah," katanya. 

Diminta mengulas tindakan Aras Niaga Development Sdn. Bhd. memfailkan tuntutan saman berjumlah RM310 juta terhadap Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) Kedah berhubung projek perlombongan bijih besi baru-baru ini, Muhammad Sanusi berkata perkara itu bukanlah sesuatu yang 'dekat' dengannya. 

"SSI macam Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah tetapi terletak di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri (SS). Namun secara dasarnya, mereka pajak tanah pertanian, maka aktiviti pertanian saja dibenarkan dan kalau nak buat kegiatan lain, kena bincang atau rundinglah. 

"Sebagai contoh saya pajak tanah anda untuk buat bendang tetapi pada akhirnya saya buat kegiatan lain. Apabila anda tak benarkan, saya marah pula...Boleh begitu?" katanya. 

Menurutnya, beliau tidak tahu sama ada perkara itu ada kaitan dengan pelanggaran syarat atau sebaliknya.

"Saya tak tahu langgar syarat atau tak tetapi tuan tanah bagi kebenaran, pasal apa hang marah pula? Asasnya begitulah.

"Kes ini dah masuk mahkamah jadi biarlah mahkamah putuskan. Hangpa jangan melagakan saya dengan depa kerana depa bukan berlaga dengan saya, depa berlaga dengan orang lain," katanya. - Getaran 6 April 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

2

Politik 2 minggu yang lalu

Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

3

Sukan 2 bulan yang lalu

KDA FC Sudah Terima RM16 Juta Dari KFA Sejak Ditubuhkan - Sanusi

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Bersalah Memfitnah, Mahfuz Diarah Bayar RM250,000 Kepada Sanusi

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Semasa 14 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Politik 21 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri