web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sanusi MB Pembohong No 1 Malaysia - Puad 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 9:11AM

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, baru-baru ini. gambar Facebook Mohd Puad Zarkashi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang memperlekeh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin bertaraf ketua.

Mengakui terkejut dengan kenyataan itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau melihat sendiri bagaimana Anwar diberi tepukan gemuruh ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Sesi Ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, baru-baru ini.

Katanya, beliau berada di dalam Dewan Persidangan Utama ketika Perdana Menteri berucap.

“Astaghfirullah. Itu kata hati nurani saya bila mendengar komen Sanusi mengenai ucapan Anwar Ibrahim di UNGA ke 78 di New York. 

“Saya hadir di UNGA tersebut. Saya saksi hidup. Saya di dalam Dewan Persidangan Utama PBB. Saya duduk di kerusi VIP bersama Datuk (Seri Mohamed) Nazri (Abdul) Aziz (Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat ) dan (Speaker DUN Pahang), Datuk (Seri Mohd) Sharkar (Shamsudin),” katanya.

Tegas Puad, beliau terlebih dahulu mengikuti persidangan berkenaan selama tiga hari berturut-turut untuk mendengar ucapan ketua negara lain, sebelum tiba giliran Anwar pada Jumaat.

“PMX diberi sembilan kali tepukan gemuruh dalam ucapan 15 minit itu. Mukadimah sahaja dapat tepukan gemuruh bila PMX sentuh perang Russia-Ukraine yang beri kesan buruk kepada global.

“Ketika Presiden Iran berucap, dia mengangkat Al Quran tetapi tidak ada siapa yang tepuk tangan. Ucapan Presiden Amerika juga tiada sambutan dari perwakilan,” katanya.

Sebahagian delegasi Malaysia yang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, baru-baru ini. gambar Facebook Mohd Puad Zarkashi
Sebahagian delegasi Malaysia yang menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, baru-baru ini. gambar Facebook Mohd Puad Zarkashi

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu, Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins malah memberitahu, beliau lega kerana menjadi orang ketiga berucap selepas Anwar. 

“Dia rasa tenggelam jika berucap lepas Anwar. Dalam 15 minit itu PMX sentuh isu perang Russia-Ukraine, Palestin, Myanmar, Islamfobia, low carbon and renewal energy roadmap oleh Malaysia dan rasisme bentuk baru.

“Ternyata Sanusi kaki fitnah apatah lagi guna gambar gambar tanpa usul periksa. Saya rakam banyak foto yang saya lampirkan. Sanusi Menteri Besar. Oleh kerana saya saksi hidup maka dia wajar digelar ‘Pemimpin pembohong’ nombor satu Malaysia,” katanya, keras.

Sanusi beberapa hari lalu ketika berceramah di kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai dipetik sebagai berkata, keadaan dewan yang kosong menunjukkan Anwar tidak diterima sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Orang buat perbandingan, ucapan Perdana Menteri ke-9 (PM9) (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dengan ucapan PM10 di UNGA. Apa bezanya?

"Bezanya masa PM9 berucap orang ramai tetapi masa PM10 berucap di UNGA orang tak ada.. yang ada pun delegasi Malaysia sahaja.

"Kenapa tak ada orang? Sebab orang luar pun tahu dia kuat membohong, daripada dengar lebih baik keluar. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut malu kerana ketika berucap di UNGA orang tak mahu dengar," katanya. - Getaran, 26 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi