web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terdesak Nak Selamatkan Diri, Pengedar Dadah Rempuh Kereta Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 12:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Terdesak mahu menyelamatkan diri, seorang lelaki dipercayai pengedar dadah bertindak di luar batasan apabila merempuh kenderaan dinaiki sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kuala Muda di Taman Ria Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu mencederakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan anggota berpangkat Lans Koperal.

"Pada mulanya kenderaan Proton Perdana dinaiki suspek diarahkan berhenti bagi diperiksa setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

"Suspek bagaimanapun bertindak agresif dengan melanggar kenderaan dinaiki pasukan polis berkenaan, menyebabkan pegawai serta anggota terlibat cedera akibat terkena serpihan cermin yang pecah," katanya.

Menurut beliau, polis kemudiannya terus mengejar suspek yang memecut laju ke Kampung Haji Wahab.

"Dia kemudiannya meninggalkan kereta tersebut sebelum meloloskan diri dalam kawasan semak.

"Pihak kami kemudiannya merampas kereta berkenaan namun pemeriksaan dijalankan tidak menemui sebarang bahan terlarang," katanya.

Tambahnya, identiti suspek ketika ini sudah dikenal pasti dan sedang diburu polis.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang mekanik yang panik akibat dikejar kereta peronda polis bertindak melawan arus di Jalan Pekan Sungai Lalang, dekat sini, semalam.

Tindakan lelaki berusia 36 tahun itu turut menyebabkan empat kenderaan lain rosak akibat dirempuh kereta Proton Satria dipandunya.

Menurut Zaidy, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari setelah mekanik tersebut tidak mahu memberhentikan kenderaannya untuk diperiksa berdekatan sebuah stesen minyak di Bedong.

"Dia kemudiannya terus memecut menuju ke Pekan Sungai Lalang dan merempuh sebuah Honda Civic serta sebuah  Toyota Vios yang diletakkan di bahu jalan.

"Kemalangan itu tidak membuatkan dia berhenti, sebaliknya pemandu terbabit terus memecut sebelum bertembung dengan sebuah Proton Iswara, dan terbabas lalu merempuh sebuah Honda HRV yang diletakkan di tepi jalan.

Menurutnya suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan sepasukan polis yang mengejarnya.

"Pemeriksaan terhadap Proton Satria dipandu suspek menemui tiga paket plastik berisi syabu, dua plastik berisi heroin dan sebilah parang.

"Akibat kemalangan itu, suspek serta pemandu Proton Iswara tersebut luka di muka dan badan.

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan 1958, Seksyen 12(2) serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. - Getaran 15 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang