web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pengusaha Makanan Bimbang Kesan Pemansuhan Subsidi, Jangka Harga Menu Naik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2022 8:19AM

Mazura Mahmud berkata premisnya kini masih boleh menjual makanan pada harga berpatutan, namun selepas ini tidak jelas bagaimana keadaannya jika isu subsidi tidak mampu ditangani segera. - Gambar oleh Sofia Nasir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

George Town – Pengusaha kedai makan memberi ‘amaran’ bahawa pemansuhan kawalan harga siling ayam dan telur ayam serta subsidi minyak masak akan menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga makanan untuk memastikan kelangsungan perniagaan.

Pengusaha Simple Cafe, Mazura Mahmud, 45, berkata, perniagaannya itu sudah menaikkan harga makanan sebanyak 50 sen pada bulan lalu, susulan isu kekurangan ayam yang melanda negara.

“Kalau boleh kita tidak mahu menaikkan harga makanan kerana ia akan membebankan pelanggan.

“Kami tidak mahu kehilangan pelanggan, tetapi pada masa sama, kami perlu kembali pulih daripada kerugian dialami semasa pandemik COVID-19,” katanya ketika ditemui The Vibes.

Mazura Mahmud
Mazura Mahmud

Mazura yang juga cef berkata, restoran sudah beroperasi selama sepuluh tahun itu, memerlukan sekurang-kurangnya 10 kilogram (kg) minyak dan 12 ekor ayam sehari.

Dia berkata, kini premisnya masih boleh menjual makanan pada harga berpatutan, namun selepas ini tidak jelas bagaimana keadaannya jika isu subsidi tidak mampu ditangani.

“Ada juga pemilik restoran terpaksa berhutang dengan pemborong, jadi satu-satunya pilihan yang ada ialah menaikkan harga makanan bagi menampung kos ditanggung.

“Pada pendapat saya, tahun ini adalah sangat mencabar bagi kami,” katanya sambil menambah bahawa harga makanan di restorannya mungkin meningkat sehingga 10 peratus pada Julai.

Simple Cafe tiada pilihan melainkan kemungkinan terpaksa menaikkan harga makanan sebanyak 10 peratus mulai Julai ini.
Simple Cafe tiada pilihan melainkan kemungkinan terpaksa menaikkan harga makanan sebanyak 10 peratus mulai Julai ini.

Sementara itu, peniaga Restoran Nasi Kandar Hidayah, Mohamed Naser Ibrahim, 51, berkata, pihak restoran terpaksa menaikkan harga setiap makanan dan minuman sebanyak 20 hingga 30 sen.

“Sebelum ini kami jual roti canai pada harga RM1.20, tetapi terpaksa dinaikkan kepada RM1.50 sekeping.

“Selain roti canai, kita juga berdepan kenaikan harga bahan mentah seperti ayam, ikan, sayur dan telur,” katanya.

Naser berkata, pada masa ini, kekurangan tenaga kerja turut memaksa pemilik restoran membuat keputusan sukar kerana ada pengusaha terpaksa mengurangkan masa operasi perniagaan mereka.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, harga siling bagi ayam dan telur ayam serta subsidi minyak masak kemasan botol dua, tiga dan 5 kg tidak akan diteruskan berkuat kuasa pada 1 Julai.

Subsidi minyak masak botol dimulakan pada Ogos 2021 adalah sebagai langkah sementara semasa COVID-19 yang dilanjutkan tiga bulan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan, pemansuhan itu dilaksanakan kerana ia disalahguna dan berlaku penyeludupan oleh pelbagai pihak, termasuk industri.

Subsidi minyak masak berbungkus yang dilaksanakan sejak Jun 2007 dikekalkan.

Bagaimanapun, kerajaan tidak lagi akan mengenakan harga siling ke atas ayam dan telur ayam berkuat kuasa pada 1 Julai.

Sementara itu, penjual nasi kukus ayam berempah, Kamariah Mahat, 49, berkata, dia mengambil pendekatan menunggu sehingga 1 Julai ini sebelum memutuskan sebarang perubahan harga.

Beliau berkata kenaikan harga ayam yang berlaku beberapa bulan lalu turut memberi kesan terhadap harga makanan dijualnya.

“Sekarang ini pun saya sudah menaikkan harga makanan sebanyak 50 sen sejak Mei lalu. Bagaimana saya nak naikkan harga lagi?

“Kebanyakan pelanggan saya adalah daripada kumpulan berpendapatan rendah, B40. Jadi saya tidak sanggup untuk menaikkan harga makanan lagi,” katanya.

Kamariah yang berniaga di medan selera awam Bayan Baru sejak lima tahun lalu berkata, dia masih berharap sebarang perubahan harga membabitkan ayam, telur ayam dan minyak masak pada Julai ini, tidak membebankan pengguna. – Getaran, 22 Jun 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad