web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantu Mahasiswa, Penyedia Makanan Di IPTA Diberi Moratorium Sewa 6 Bulan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Jul 2022 10:02PM

Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju melaksanakan moratorium bayaran sewaan selama enam bulan mulai bulan ini kepada pengusaha dan penyedia perkhidmatan makanan di dalam kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, langkah itu bagi membolehkan tanggungan kos sewaan tersebut diserap untuk menurunkan harga makanan dijual kepada pelajar.

“KPT sentiasa prihatin dan cakna terhadap kebajikan pelajar di IPT bagi memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran sepanjang pengajian mereka, berjalan dengan lancar.

“Kami maklum peningkatan harga barangan di negara ini turut memberi kesan kepada harga makanan di dalam kampus yang menjadi kegusaran utama pelajar ketika ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, KPT juga bersetuju dengan cadangan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) untuk membentuk Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup Siswa Keluarga Malaysia yang dipengerusikan olehnya.

“Ini bagi menyelaras dan melaksana dasar, memantau kawalan harga barang dan perkhidmatan serta membentuk jaringan kolaborasi dengan pihak berkepentingan secara holistik.

“Jawatankuasa ini turut disokong di peringkat institusi, melalui jawatankuasa dipengerusikan Naib Canselor, Rektor atau Pengarah bagi memperkemas pelaksanaan ke atas keputusan dasar dibuat di peringkat kementerian,” katanya.

Jelas Noraini lagi, KPT akan memperkasa inisiatif Food Bank Siswa dan Food@Campus di IPT dengan kerjasama pelbagai kementerian, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan badan persendirian.

Katanya, Food Basket Siswa Keluarga Malaysia bakal diperkenalkan sebagai inisiatif tambahan yang akan menawarkan menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 setiap hidangan.

“Selain itu, kemudahan pengangkutan pelajar dalam dan ke luar kampus akan turut ditambah baik melalui penyediaan jadual pergerakan yang lebih kerap agar memudahkan dan menjimatkan masa perjalanan aktiviti harian pelajar.

“KPT sentiasa komited dalam menjaga kebajikan mahasiswa di seluruh negara, selari aspirasi kerajaan yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia dalam saat yang mencabar ini,” katanya. - Getaran, 4 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Sanggup Sewa Kren Nak Masuk Rumah Sendiri

2

Refleksi 8 bulan yang lalu

Golongan Muda Utamakan Perkara Lain Berbanding Beli Rumah - Pakar

3

Pendidikan 10 bulan yang lalu

KPT Umum Pelantikan Naib Canselor UM, UiTM, UMPSA

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Subsidi RM300 Untuk Tiket Penerbangan Mahasiswa IPTA - Loke

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'