web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ikut Ibu Bekerja, Budak Maut Jatuh Tingkat 35

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Jul 2022 3:57PM

Mangsa dipercayai bangun dari tidur dan membuka sliding door sebelum memanjat kerusi di balkoni.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Jalan Perdana, Pandan Perdana, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada pengawal keselamatan kondominium terbabit pada jam 2.20 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa yang merupakan warganegara Indonesia.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati mangsa dibawa ibunya berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pembantu rumah sambilan di kediaman tersebut.

“Sebelum kejadian, ibu mangsa telah meninggalkan anaknya yang sedang tidur seorang diri di ruang tamu rumah dan turun ke bawah untuk membasuh pakaian di dobi.  

“Semasa di bawah, ibu mangsa melihat orang ramai berkerumun di aras ‘ground floor’. Wanita itu pergi ke tempat tersebut dan mendapati mangsa adalah anaknya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Mohamad Farouk berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dipercayai bangun dari tidur dan membuka sliding door sebelum memanjat kerusi di balkoni.

“Ketika kejadian bapa mangsa berada di Petaling Jaya sedang bekerja. Ibu dan bapa mangsa menetap di Malaysia sejak lima tahun lalu. Mangsa merupakan anak bongsu dari tiga beradik.

“Adik-beradik mangsa ditinggalkan bersama nenek di negara asal. Mayat telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia  (HUKM) bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Farouk berkata, kes disiasat di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

“Kertas siasatan jenayah dan laporan kematian mengejut juga telah dibuka,” katanya.

Katanya lagi, pihak polis menasihati orang ramai supaya menjaga tingkah laku anak-anak dengan tidak meletakkan sesuatu yang mendatangkan bahaya kepada mereka. - Getaran, 19 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global