web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuba Lari Dari Polis Ketika Berjudi, Warga Emas ‘Tertomoih’ Dalam Sawah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 2:23PM

Beberapa warga emas ‘tertomoih’ (tersembam) di petak sawah ketika cuba melarikan diri selepas dikesan berjudi di sebuah pondok di Kuala Kedah - Gambar ihsan PDRM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Beberapa warga emas ‘tertomoih’ (tersembam) di petak sawah ketika cuba melarikan diri selepas dikesan berjudi di sebuah pondok di Taman Bersatu, Kuala Kedah, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, mereka bertindak demikian kerana terkejut sebaik menyedari kehadiran beberapa pegawai dan anggota polis sewaktu masing-masing leka bermain judi jenis ‘pok deng’.

“Serbuan itu dilakukan pada kira-kira jam 4 petang semalam di sebuah pondok di tepi sawah. Sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, ada antara mereka cuba lari dan terjatuh dalam sawah.

“Keadaan itu menyebabkan mereka ditahan dalam keadaan kotor. Secara keseluruhannya, seramai 12 individu ditahan termasuk dua wanita dengan kesemua mereka berusia antara 48 hingga 73 tahun,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Seramai 12 individu ditahan termasuk dua wanita dengan kesemua mereka berusia antara 48 hingga 73 tahun - Gambar ihsan PDRM Kedah
Seramai 12 individu ditahan termasuk dua wanita dengan kesemua mereka berusia antara 48 hingga 73 tahun - Gambar ihsan PDRM Kedah

Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk tindakan lanjut bersama peralatan judi, selain wang tunai berjumlah RM5,948 dirampas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, lebih 1,100 serbuan berkaitan judi dijalankan di Kedah sejak 1 Januari lalu.

“Kebanyakan serbuan melibatkan judi dalam talian, iaitu sebanyak 628 kes, manakala judi loteri awam sebanyak 495 kes.

“Selain itu, sebanyak 14 serbuan dilakukan melibatkan judi dalam bangunan dan lima judi luar bangunan,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi