web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pinda Akta, Guna Teknologi Tertentu Perkukuh Perlindungan Data Peribadi - Annuar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 7:37AM

Penggunaan teknologi tertentu juga boleh diteliti untuk mengukuhkan lagi usaha pelindungan data peribadi. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah lanjut untuk mengekang jenayah pencerobohan data peribadi termasuk meminda beberapa fasal dalam akta berkaitan adalah bagi membolehkan penguatkuasaan yang lebih kukuh, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata pada masa sama, penggunaan teknologi tertentu juga boleh diteliti untuk mengukuhkan lagi usaha pelindungan data peribadi.

"Pengalaman kita sehingga 2021, kita akui hampir 100 juta data yang terbukti telah dicerobohi malah berlaku beberapa kali dan tindakan mengikut undang-undang, termasuk mendenda pihak yang melakukan kecuaian yang mengakibatkan pecerobohan data, telah diambil.

"Isu ini berlaku secara berterusan dan kita faham ia agak rumit untuk diatasi tetapi memerlukan langkah yang lebih lanjut untuk dikekang," katanya ketika ditanya mengenai isu itu dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen pada Isnin.

Annuar, yang juga pengerusi pasukan khas itu, berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOM) bertanggungjawab bagi data peribadi di sektor komersial manakala data lain adalah tanggungjawab di bawah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Jabatan Perdana Menteri.

Annuar berkata pada masa sama juga, K-KOMM perlu melihat kepada penggunaan teknologi tertentu untuk mengukuhkan lagi perlindungan kepada data.

Beliau berkata selain perlindungan data, jenayah penipuan yang berleluasa dan menyebabkan kerugian dalam jumlah besar turut menjadi tumpuan kementerian itu.

"Ini juga terkait dengan soal pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia yang akan dibawa dalam masa terdekat ke Parlimen untuk melakukan beberapa penambahbaikan tertentu.

"Saya juga sedang melihat dan ingin menjemput beberapa pihak membuat pembuktian konsep (POC) bagi mengadakan alat ataupun perkakas supaya orang awam dapat menyemak apabila ada sesuatu panggilan yang dianggap sebagai penipuan," katanya.

Annuar berkata isu ketika ini ialah setiap syarikat telekomunikasi menyimpan data melibatkan nombor yang digunakan dalam aktiviti penipuan namun orang awam tiada akses untuk mengetahui sama ada ia adalah daripada pengguna sebenar atau tidak.

Beliau berkata daripada penyiasatan pihak K-KOMM, banyak pihak penipu yang menggunakan nombor individu yang telah meninggal dunia atau nombor yang tiada dalam perkhidmatan.

"Jadi saya sedang melihat beberapa pendekatan untuk mewujudkan satu platform di mana apabila ada panggilan begitu, orang awam ada akses untuk terus menyemak panggilan itu daripada nombor apa.

"Adakah itu nombor daripada PDRM (Polis Diraja Malaysia), LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan sebagainya supaya kita dapat memberikan amaran awal kepada mereka yang mungkin hampir menjadi mangsa penipu untuk menolak ataupun tidak menghiraukan panggilan-panggilan sedemikian," katanya.

Annuar berkata beliau juga sedang meninjau langkah yang dilakukan di Indonesia dan Thailand berkaitan kaedah untuk menangani jenayah penipuan.

"Ini sedang dalam pelaksanaan dan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) telah dimaklumkan untuk menjemput beberapa pihak untuk membuat POC ke arah mewujudkan satu platform membantu orang awam mengenal pasti penipu," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Akta Perlindungan Data Peribadi Perlu Dipinda, Elak Data Diguna Untuk Penipuan - Fahmi

4

Politik 1 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia