web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


RTM Saji 75 Minit 'Konsert Kita RTM Gemilang Selamanya' Sempena Sambutan Ulang Tahun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 8:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bersiaran 75 minit tanpa henti, Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam menampilkan ‘Konsert Kita RTM Gemilang Selamanya’ bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-75 dan Orkestra RTM ke-60.

Konsert yang bermula 9 malam itu dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Ruzain Idris.

Ia disiarkan secara langsung di TV2 dan Facebook RTM.

Menurut kenyataan Jabatan Penyiaran Malaysia, penganjuran konsert itu sebagai antara medium komunikasi yang memberikan impak berkesan dalam meraikan sambutan berganda dan bermakna kepada seluruh warga RTM.

Seramai 48 pemuzik Orkestra RTM di bawah pimpinan muzik Datuk Mokhzani Ismail dan Jaffar Abdul Rahman (Jari) terlibat menjayakan konsert tersebut.

Antara artis yang membuat persembahan adalah Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Jaclyn Victor, Azharina Azhar, Ramlah Ram, Rohana Jalil, Haqiem Rusli, Floor 88 dan Aspalela Abdullah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 minggu yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

'Video Pembaca Berita Itu Sudah Diedit, Wajah Sebenar Cantik Dan Manis'

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KKD Pandang Serius Projek Sakit Di Bawah Kementerian - Fahmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ini Fitnah, Saya Langsung Tiada Kaitan Dengan Roslizal, Datuk Arshad - Saifuddin

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Luar Negara 3 jam yang lalu

Jemaah Islamiyah Indonesia Umum Pembubaran

Politik 2 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Semasa 15 jam yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Disahkan Remaja Hilang Sebulan Lalu