web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ini Fitnah, Saya Langsung Tiada Kaitan Dengan Roslizal, Datuk Arshad - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 7:00AM

Saifuddin Abdullah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyangkal dakwaan beliau memberikan bantuan kewangan kepada individu yang ditahan pihak berkuasa menghina institusi Diraja.

Penafian itu susulan dakwaan berlegar di media sosial, sejak kelmarin yang mengaitkannya dengan individu terbabit.

Seorang daripada suspek itu kini sedang disiasat polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Tegas Saifuddin, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengaitkannya dengan kedua-dua individu terbabit.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan memberi sokongan kewangan kepada individu yang bernama Roslizal Razali atau Datuk Arshad tersebut. 

"Saya tidak ada apa-apa kaitan dengan sebarang perkara yang dilaporkan atau telah dilakukan oleh mereka berdua," katanya menerusi hantaran di Facebook

Roslizal, pengawal keselamatan berusia 46 tahun itu ditahan pada 12 April lalu, kerana disyaki memuat naik ciapan berunsur perkauman di media sosial yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Bagaimanapun, berdasarkan hantaran yang tular di media sosial, dia didakwa memberitahu sedang menyewa sebuah soho di KLCC, ketika permohonan reman dibuat ke atasnya.

Dakwaan tersebut menimbulkan persoalan, bagaimana lelaki terbabit mampu menyewa sebuah kediaman di kawasan mewah.

Susulan dakwaan, dia dikatakan bercerita mengenai ‘sokongan kewangan’ daripada Datuk Arshad, yang dikatakan bekerja untuk Saifuddin.

Berdasarkan hantaran di media sosial itu, pihak berkuasa hairan bagaimana Roslizal yang hanya menerima gaji RM2,000 sebulan mampu menyewa kondominium mewah di tengah ibu negara.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, beliau dinasihatkan oleh peguam untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang menyebar fitnah tersebut. 

"Tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas individu yang menyebar fitnah dan fakta tidak sahih berkenaan isu tersebut, bertujuan menjejaskan reputasi saya," katanya. 

Dalam pada itu menerusi kenyataan berbeza, Saifuddin berkata, pihaknya telah membuat laporan polis, pagi semalam agar pihak berkuasa dapat melaksanakan siasatan terperinci terhadap kes terbabit. 

Menurut beliau, laporan itu dibuat bagi membersihkan namanya dan memastikan prinsip keadilan dapat ditegakkan.

"Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat tentang perkara itu dan percaya pada integriti, kewibawaan pihak berkuasa untuk memastikan fitnah tidak berleluasa.

"Saya juga telah mengambil tindakan awal untuk memelihara hak saya di sisi perundangan terhadap penyebar fitnah samada secara individu mahupun mewakili mana-mana organisasi," katanya. - Getaran, 16 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Bantuan Belia Rahmah Peruntuk RM400 Juta, Ringankan Beban 2 Juta Belia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Bayaran BKKA 2023 Untuk Penjawat Awam Mulai 17 April - Dr Zulkapli

3

Semasa 1 tahun yang lalu

TH Jangka Bantuan Kewangan Haji Meningkat RM500 Juta Pada 2024

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pembentukan Kerajaan Pahang: Saifuddin Sifatkan BN Tamak, Ketepikan Mandat Rakyat

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Semasa 15 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Pelacuran Warga Asing Tumpas, 75 Individu Ditahan