web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan Belia Rahmah Peruntuk RM400 Juta, Ringankan Beban 2 Juta Belia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Jun 2023 5:10PM

Penerimaan kredit secara one-off itu boleh dilakukan menerusi satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch 'n Go eWallet. - Gambaf MoF

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program eBeliaRahmah di bawah Belanjawan 2023 bakal memberi manfaat kepada dua juta belia yang layak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program dengan peruntukan RM400 juta itu juga berperanan meringankan beban mahasiswa yang memerlukan.

Menurut beliau, belia berusia 18 hingga 20 tahun boleh mula mendaftar untuk mendapatkan kredit tunai berjumlah RM200 bermula jam 8 pagi, Isnin depan.

“Selain bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, ini juga sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka. 

“Tambahan lagi, ini juga merupakan peningkatan tawaran kredit e-tunai berbanding RM150 tahun lalu," katanya hari ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Kementerian Kewangan berkata, penerimaan kredit secara one-off itu boleh dilakukan menerusi satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka iaitu Boost, Setel dan Touch 'n Go eWallet.

“Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai usia 18 ke 20 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005).

“Ia juga terbuka untuk belia berstatus pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan,” katanya.

Jelas jurucakap itu, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat akan memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran (rewards points) sepanjang tempoh program ini, selain bantuan kredit e-tunai tersebut.

“Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 26 Jun sehingga 22 Ogos, manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara 'offline' sehingga 31 Ogos nanti.

“Kredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan mana-mana e-dompet yang terlibat dalam program ini, tertakluk kepada transaksi dibenarkan,” katanya.

Pendaftaran tambah jurucakap itu, boleh dilakukan melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch 'n Go eWallet.  

“Untuk maklumat lanjut mengenai eBeliaRahmah, layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.html.,” katanya. - Getaran, 21 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

KWSP Peruntuk RM97 Bilion Bagi Pelaburan Domestik Pada 2023 - MOF

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jaminan Kewangan Ditandatangani PM Dijangka Stabilkan Kedudukan Kewangan FELDA

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelajar IPT, Belia Boleh Mula Daftar E-Belia Rahmah Isnin Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Teruskan Langkah Konsolidasi Fiskal, Pastikan Kedudukan Kewangan Kukuh - MOF

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia