web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Teruskan Langkah Konsolidasi Fiskal, Pastikan Kedudukan Kewangan Kukuh - MOF

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 7:18AM

MoF berkata kerajaan menggunakan pendekatan membuat pembiayaan semula hutang yang matang menerusi pinjaman baharu dalam usaha mengimbangi kemampuan kewangan supaya terus kekal kompetitif - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal bagi memastikan kedudukan kewangan kukuh sebagaimana pada tahun 1992-1997, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Dalam jawapan bertulis pertanyaan lisan 13 Jun yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam, MoF berkata kerajaan menggunakan pendekatan membuat pembiayaan semula hutang yang matang menerusi pinjaman baharu dalam usaha mengimbangi kemampuan kewangan supaya terus kekal kompetitif.

Kementerian berkenaan menjawab pertanyaan Datuk Ngeh Koo Ham (PH- Beruas) mengenai langkah kerajaan menyelesaikan masalah hutang negara berjumlah kira-kira RM1.2 trilion dan lialibiti lain kira-kira RM300 juta serta apakah bentuk bayaran yang dibuat kerajaan kepada hutang dan liabiliti ini setiap tahun.

"Bagaimanapun, bagi memastikan paras hutang terkawal dan terurus, beberapa langkah kawalan perlu dipatuhi dalam usaha menyelesaikan peningkatan paras hutang," kata MoF.

Selain meneruskan langkah konsolidasi fiskal, MoF berkata kerajaan juga memperluaskan asas hasil dan memastikan kutipan hasil mampan di mana perbelanjaan mengurus dibiayai sepenuhnya melalui hasil negara dan kerajaan mempunyai lebihan baki semasa yang dapat menampung sebahagian perbelanjaan pembangunan.

Kerajaan juga memastikan bayaran khidmat hutang terkawal dan tidak melebihi 15 peratus daripada hasil dan pinjaman kerajaan adalah semata-mata untuk membiayai perbelanjaan pembangunan yang ditumpukan kepada projek berimpak tinggi seterusnya memberi pulangan kepada negara dan rakyat dalam tempoh jangka masa panjang.

Selain itu, kerajaan turut menyemak semula kaedah pelaksanaan projek secara off-budget dengan menumpukan kepada projek bersifat mega dan projek-projek yang memerlukan aliran tunai yang tinggi setiap tahun.

Dalam usaha mengawal paras liabiliti, Kementerian Kewangan berkata kerajaan akan mengehadkan pemberian jaminan yang pada akhirnya meningkatkan komitmen kewangan kerajaan. 

"Kerajaan juga sedang menambah baik pelaksanaan projek kerjasama awam-swasta (PPP) melalui pendekatan model PPP 3.0 dan akan mewujudkan satu platform single window bagi meneliti projek PPP baharu. 

"Platform ini akan diselaraskan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) bersama dengan Kementerian Ekonomi supaya kelulusan projek adalah selaras dengan perancangan pembangunan dan dibiayai menggunakan peruntukan perbelanjaan pembangunan sedia ada," katanya.

Sementara itu, MoF berkata kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) akan memastikan tiada perubahan drastik atau melampau ke atas nilai ringgit bagi memastikan aktiviti ekonomi tidak terganggu dan keadaan kekal teratur dalam pasaran pertukaran asing. 

"Justeru, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan penting sebagai penyerap kejutan luaran tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi domestik terutamanya dalam keadaan pasaran kewangan dan kadar pertumbuhan global tidak menentu pada masa ini," katanya.

Kerajaan telah mengambil langkah lebih komprehensif seperti mengawal harga barangan dan melalui inisiatif Payung Rahmah yang dilaksanakan bagi membantu rakyat menangani tekanan inflasi dan kos sara hidup yang lebih tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

KWSP Peruntuk RM97 Bilion Bagi Pelaburan Domestik Pada 2023 - MOF

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jaminan Kewangan Ditandatangani PM Dijangka Stabilkan Kedudukan Kewangan FELDA

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelajar IPT, Belia Boleh Mula Daftar E-Belia Rahmah Isnin Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bantuan Belia Rahmah Peruntuk RM400 Juta, Ringankan Beban 2 Juta Belia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia