web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TH Jangka Bantuan Kewangan Haji Meningkat RM500 Juta Pada 2024

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 1:35PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menjangka jumlah Bantuan Kewangan Haji akan meningkat kepada hampir RM500 juta pada 2024 sekiranya kos bayaran menunaikan ibadah haji tidak disemak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkara itu akan memberi kesan kepada TH yang perlu memberikan agihan keuntungan berpatutan kepada pendepositnya.

“Saban tahun, TH berdepan dengan pelbagai cabaran dalam pengurusan haji termasuklah kenaikan kos menunaikan ibadat haji yang di luar kawalan TH di mana ia memberi kesan terhadap kemampanan kewangan institusi ini serta cabaran untuk mengekalkan tahap perkhidmatan terbaik.

“Bagaimanapun, TH akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji bagi membantu jemaah haji muassasah yang menunaikan haji buat pertama kali dan kurang pendapatan untuk meringankan bebanan kewangan mereka,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahamad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) yang ingin tahu asas pertimbangan kerajaan meletakkan kos perbelanjaan jemaah haji berdasarkan kategori pendapatan B40, M40 dan T20.

Menjelas lanjut, Mohd Na’im berkata walaupun boleh menerima Bantuan Kewangan Haji, bakal haji kumpulan B40 dan M40 diberikan peluang untuk secara sukarela membayar lebih daripada kadar ditetapkan, meskipun mungkin tidak dapat membayar sepenuhnya kos haji.

Bagi musim haji 1444 Hijrah, kos haji adalah RM30,850 untuk setiap jemaah muassasah Malaysia iaitu peningkatan lapan peratus berbanding RM28,632 tahun lepas (1443 Hijrah) dan sejak 2001 hingga 2022, sebanyak RM2.2 bilion telah dibelanjakan bagi Bantuan Kewangan Haji. 

Menurut Naim, TH sentiasa bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data sedia ada berkaitan pendapatan mereka.

Katanya kadar bayaran haji yang bersasar adalah mengambil kira tahap kewangan individu bakal haji dan bukan pendapatan isi rumahnya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai cadangan mewujudkan tabung wakaf haji bagi memberi bantuan kewangan sama rata kepada jemaah, Mohd Na’im berkata perkara itu boleh dipertimbangkan dengan menilai keberkesanannya pada masa hadapan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia