web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KKD Pandang Serius Projek Sakit Di Bawah Kementerian - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 6:02PM

Terkini terdapat dua projek di bawah KKD yang menghadapi masalah itu iaitu projek membina bangunan RTM Langkawi di sini dan projek membina bangunan RTM Bintulu, Sarawak. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memandang serius projek-projek pembangunan yang dikategorikan sebagai 'projek sakit' di bawah kementerian itu yang gagal disiapkan mengikut jadual.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata pada masa ini terdapat dua projek di bawah KKD yang menghadapi masalah itu iaitu projek membina bangunan RTM Langkawi di sini dan projek membina bangunan RTM Bintulu, Sarawak.

"Bagi saya dan pihak kementerian kami memandang serius sekiranya ada projek yang telah diberikan peruntukan dan dikeluarkan surat setuju terima tapi tidak mampu dilaksanakan.

"Projek di Langkawi ini adalah satu daripada dua projek sakit di bawah KKD dan saya akan cuba melawat tapak projek yang satu lagi iaitu di Bintulu, Sarawak selepas ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek membina bangunan RTM Langkawi di Kampung Buluh Penyumpit, Kuah di sini hari ini.

Beliau berkata projek RTM Langkawi itu sepatutnya disiapkan pada 19 Sept tahun lepas namun projek tersebut terpaksa ditender semula selepas pihak kontraktor gagal melaksanakannya walaupun telah diberikan lanjutan masa sebanyak tiga kali.

Katanya pihak kementerian dan Jabatan Kerja Raya akhirnya menamatkan kontrak pihak kontraktor terbabit pada April lepas dan proses tender akan dilakukan semula bagi melantik kontraktor baharu untuk meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan kontraktor lama.

"Kita jangkakan kerja-kerja di tapak boleh bermula setelah projek ditender semula dan kita jangka menjelang Oktober atau November tahun ini, insya-Allah projek RTM Langkawi ini dapat dimulakan semula dan jangkaan kita ia kurang dua tahun iaitu menjelang Oktober 2025 projek ini akan siap," katanya.

Terdahulu Fahmi yang diiringi Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa turut mengadakan lawatan ke Pejabat Penerangan Daerah Langkawi di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

Ustaz Don Hanya Tahu Direhatkan Terus Dari Salam Baitullah Menerusi X, JAKIM Kata Isu Kecil 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Putrajaya Bertegas Tidak Benarkan Kontena Israel Masuk Pelabuhan Negara

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 14 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa